Connect with us
Kool FM

Berita

Seorang Doktor Terlalu Penat Merawat Pesakit COVID-19, Tertidur Lalu Pengsan & Meninggal Dunia

Ini gambar terakhir beliau..

Published

on

This is real gais! Semua petugas barisan hadapan kita sedang bertarung nyawa menyelamatkan kita. Tapi mengapa masih ada yang seakan buta hati tidak mahu patuh kepada SOP yang telah ditetapkan?

Ternyata ramai kesedihan melihat gambar viral seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, kelmarin. Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah. Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Aduh, sayunya hati. Gugur air mata penulis saat berkongsi cerita ini. Betapa mulianya pengorbanan mereka sebagai frontliner. Tidak semua mampu melakukan seperti apa yang mereka lakukan sekarang. Namun, jadilah manusia yang terbaik dengan patuh kepada SOP yang telag ditetapkan. Elak keluar rumah jika tiada keperluan.

 

 

Baca juga:

Hakikatnya Masih Ada Bawa Bayi Keluar ke Shopping Mall, Rakyat Masih Leka!

“Orang Lain Berseronok Tapi Kami Cuti Dibekukan! Saya Dah Rindu Mak Ayah”-Frontliner

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement