Berita
Selepas Muslim Pro, Sebuah Lagi Aplikasi Waktu Solat Dilaporkan Mencuri Data Pengguna
Alamak! betul ke ni..
Sekiranya anda masih ingat, akhir tahun lalu komuniti Islam digemparkan apabila aplikasi Muslim Pro yang digunakan umat Islam untuk menyemak waktu solat dan arah kiblat dilaporkan menjual data pengguna kepada pihak ketiga.
Berita yang dikeluarkan sekaligus telah mendesak orang ramai untuk membuang aplikasi berkenaan daripada telefon pintar serta memilih altenatif lain bagi mengelakkan daripada data pengguna dicuri.
Hampir dua bulan berlalu, Vice melaporkan sebuah lagi aplikasi waktu solat turut menjalankan modus operandi yang sama. Aplikasi yang dinamakan sebagai Salaat First dilaporkan menjual data pengguna kepada syarikat berkait dengan Amerika Syarikat. Lebih membahayakan, aplikasi ini turut berkongsi lokasi pengguna kepada pihak ketiga.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.