Connect with us
Kool FM

Berita

“Sehari Tidak Mengusap Lembu, Rasa Tidak Lengkap Hidup..” Gadis Lembu Tidak Menyesal Tolak Tawaran Belajar

Ambil alih usaha ayahnya..

Published

on

Setiap orang ada haiwan kesukaan mereka tersendiri. Ada yang suka haiwan sebesar beruang sehingga sekecil semut. Namun, uniknya anak gadis ini apabila dia sanggup menolak tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat diploma kerana mahu mengusaha ternakannya.

Gadis berusia 20 tahun dari Kampung Pantai Ali yang bernama Nur Hidayu Rosli tidak kisah digelar gadis lembu malah dia sanggup bergelumang najis dan bau busuk lembu. Selalunya bila kita lihat gadis seusianya lebih kepada fesyen dan kecantikan, namun Hidayu lebih memilih menjaga lembu-lembunya.

Menurut Hidayu, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya, bahkan cukup bahagia kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada kesemua 10 lembunya yang sudah dianggap sebagai rakan karib. Tambahnya, dia telah mula didedahkan dengan ternakan lembu sejak kecil lagi dan terlibat secara serius setelah tamat tingkatan lima.

Kini, Hidayu yang dibantu abangnya, Muhammad Faizal telah mengambil alih sepenuhnya selepas ayahnya meninggal dunia Mac lalu akibat kanser hati.

“Sehari tidak mengusap lembu-lembu ini, rasa tidak lengkap hidup dan saya pernah menolak tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti awam tempatan dalam bidang berkaitan seni hanya kerana tidak mahu berpisah dengan ternakan,” kata Hidayu.

Setiap hari, Hidayu akan membawa 10 rakan karib ke kawasan padang sejauh kira-kira 200 meter dari rumah untuk makan di samping beberapa kali menjenguk sebelum membawa kesemua lembu itu pulang menjelang senja dan yang menariknya, setiap lembu jagaannya mempunyai nama masing-masing, antaranya Jantan, Putih, Merah, Siti, Kembang dan Sor.

“Lembu-lembu ini turut menjadi tempat saya meluahkan suka-duka selain dengan ibu, Zaini Muda, 60. Boleh dikatakan masa saya banyak dihabiskan untuk menguruskan ternakan.

Selain itu, Hidayu juga menjaga 13 ekor kucing jalanan dirumahnya. Bila ditanya, buat masa ini dia juga bercadang untuk menambah lagi bilangan lembunya di samping berminat untuk menternak kambing pada masa akan datang. Apapun, usahanya amat membanggakan kerana jarang sekali kita lihat gadis semuda Hidayu gembira dengan kerjayanya sebagai penternak lembu.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Hab ternakan siput sudu di Perak

20 kambing ternakan lemas | Harian Metro

 

 

 

 

Sumber: Utusan Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement