Connect with us
Kool FM

Berita

Sebab Berak Merata, Lelaki Ini Dibunuh

Alamak… sampai macam tu sekali!

Published

on

Zaman sekarang ni, perkara kecil pun boleh buat orang bergaduh sehingga berbunuhan!

Dua beradik Candra, 23, dan Calvin, 19, disyaki membunuh mangsa, Fran, bukan hanya kerana mangsa berak merata. Tindakan itu juga didorongi dendam lama kerana Candra sebelum itu pernah ditusuk dengan pisau oleh Fran.

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Fran dan Candra bersama rakan lain sedang melepak bersama di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, Daerah Kertapati, Palembang, Indonesia.

Ketika itu, Fran sempat membuat air besar di sebatang pokok berdekatan dengan pondok tempat mereka melepak, Lalu Candra menegurnya dan teguran itu membuatkan Fran berang.

“Saya kata, nak berak tu beraklah jauh sikit. Jangan di pokok berhampiran. Tetapi dia terus marah dan memaki hamun saya sampai hampir tercetus pergaduhan. Mujur berjaya dileraikan oleh rakan yang lain,” kata Candra.

Setelah insiden itu, Candra mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Namun secara tiba-tiba Fran menyerangnya dari belakang dengan menusuk pisau di bahagian ketiak.

“Bila sampai di rumah, baru saya terasa sakit dan bila pegang bahagian belakang, ada kesan darah. Saya tidak melaporkan kejadian itu kerana mahu menunggu dia meminta maaf. Tetapi dia langsung tidak berbuat demikian, seperti tiada apa-apa yang berlaku,” kata Candra.

Kesal dengan sikap Fran, Candra akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Fran yang ketika itu sedang bekerja di bengkel. Candra dan adiknya, Calvin, terus menyerang Fran dengan senjata tajam. Lalu mereka berdua bersembunyi di kediaman bapa saudaranya atas alasan mencari pekerjaan dan berjaya bersembunyi selama tiga minggu.

Dua beradik terbabit telah ditangkap dan akan didakwa di atas perbuatan mereka di mahkamah atas tuduhan membunuh yang memperuntukkan penjara selama 15 tahun.

Mangsa, Fran disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ananda, isteri kepada mangsa, menangis ketika dimaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia. Anda seolah-olah tidak percaya, lelaki yang baru dinikahinya tiga bulan lalu sudah tiada.

 

Baca juga:

Kawan-Kawan ‘Buang’ Sebab Positif COVID-19

Dipercayai Bunuh Rakan Sendiri Kerana Tidak Puas Hati Disindir

 

 

 

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement