Connect with us
Kool FM

Berita

“Saya Tidak Malu..” Warga Emas 65 Tahun Antara Calon SPM 2020

Kisah seorang warga emas bernama Salman Ahmad menarik perhatian orang ramai apabila dia adalah salah satu calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada Isnin, semalam.

Published

on

Pembelajaran adalah sepanjang hayat, oleh itu usia bukanlah satu penghalang untuk menuntut ilmu. Kisah seorang warga emas bernama Salman Ahmad menarik perhatian orang ramai apabila dia adalah salah seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada Isnin, semalam. Salman yang berusia 65 tahun itu mempunyai keberanian dan keazaman yang sangat tinggi untuk membuat tindakan yang mengagumkan ini.

Menurut laporan, Salman adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16,554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan SPM. Untuk pengetahuan umum, Salman juga adalah bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia telah bersara pada tahun 2012.

Salman berkata, keputusan untuk menduduki SPM 2020 tahun ini dibuat kerana ingin membuktikan kepada masyarakat khususnya golongan muda bahawa usia bukan penghalang untuk menimba ilmu untuk memperolehi kejayaan yang lebih luas.

Difahamkan sebelum ini Salman telah menduduki Malaysia Certificate of Education (MCE) pada tahun 1973 dan Salman terus melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara dalam bidang Pentadbiran Awam dan kini dia mencabar dirinya untuk menjadi contoh dan motivasi kepada anak dan cucunya dengan menduduki SPM 2020.

Tambah Salman, keinginannya untuk menduduki SPM timbul sejak tahun lepas, namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu susulan penularan wabak Covid-19. Salman bagaimanapun telah membeli beberapa buku ulang kaji sejak tahun lepas dan adiknya yang bertugas sebagai guru turut memberi tunjuk ajar serta mengikuti pembelajaran secara dalam talian jika ada kelapangan sebagai satu langkah persediaan buatnya.

Seterusnya, Salman berkongsi bahawa keluarganya banyak memberi sokongan dan galakan kepadanya. Salman tidak berasa malu dan tidak layan kata orang di sekelilingnya. Salman mengambil subjek Bahasa Melayu dan akan mengambil dua lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Sejarah selain berhasrat mengambil subjek lain tahun depan sekiranya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hari Ini 401,105 Pelajar Duduki SPM

‘Face Mask’ Jadi Teman Setia, Calon SPM 2020 Mulakan Hari Pertama Exam Dengan Norma Baharu

 

 

 

 

Sumber: Bernama

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement