Connect with us
Kool FM

Berita

“Saya Sorang Kat Dapur,” – Disaman Kerana Tak Pakai Face Mask Ketika Masak

Bukan ke kalau ditempat sesak tak perlu pakai pelitup muka?

Published

on

Sebelum ini pernah kecoh apabila pihak berkuasa mengeluarkan saman kepada seorang wanita kerana tidak memakai sarung tangan ketika berada di premis pasaraya walaupun pemakaian sarung tangan bukan perkara wajib.

Kini, lain pula cerita apabila seorang lelaki disaman kerana gagal memakai pelitup muka ketika sibuk menyalai daging di dapur. Perkongsian ini dibuat menerusi laman ciapan twitter, @JIBbara_.

Menurutnya,  dia bersendirian di dapur sedang salai daging yang mempunyai banyak asap. Jika memakai pelitup muka, boleh mengakibatkan kematian kerana kesukaran bernafas.

May be an image of text that says "Thiago AlcantAdam @JINbara_ Wkwkwkwk saya dicompound polis sebab smoke daging tak pakai facemask. Kepada polis tersebut, tolong guna otak lain kali kalau nak saman orang. Saya bersendirian di kitchen (bukan tempat crowded), smoke daging, smoker banyak asap, kalau pakai mask boleh mati tak bernapas."

Image

Image

Dalam bebenang ciapan tersebut, dia menambah polis tersebut memghubungi rakan sekerjanya sambil gelak tawa kerana berjaya mengeluarkan saman kepada dirinya.

Apa menjadi persoalan, adalah dia benar-benar bersalah atau tindakan ini semata untuk memenuhkan quota harian pihak polis supaya dinaikkan pangkat dengan cepat?

No photo description available.

Seperti biasa, warganet yang bersimpati mula tampil bersuara. Rata-rata mengatakan dirinya tidak bersalah kerana pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang bekerja di ruang premis secara bersendirian tidak perlu memakai pelitup muka.

Image

Malah, ada juga yang berkongsi kisah yang sama dan memberi kenyataan pihak polis sememangnya mempunyai KPI buku kompaun untuk dihabiskan.

May be a Twitter screenshot of text that says "CherryBomb @farez_san. 11h Replying to @JINbara_ Bro feel you, me and my friends dapat kompaun 3km away from house. Depa cakap kene kompaun sebab rentas Daerah but bila check google maps, destination nak pergi pon sama poskod dengan rumah. Corrupt af. 2 20"

May be a Twitter screenshot of text that says "Sam.MK @AGcustomellow 8h Replying to @JINbara_ and @radinurulaisyah Polis lepasan SPM biasa a. Dia sebenarnya acah-acah saman awak agar awak rasuah dia sebenarnya. Saya sendiri pernah lalui. But fight dengan ilmu dan ajak dia debat. He fail! Hahahaha. suka kalau jumpa polis camni. Nak saman orang but knowledge kurang. 7 120 327 Thiago AlcantAdam @JINbara_ 8h Nak rasuah tadi. Dia taknak. Kalau dia amik rasuah tu saya auto sprm je. Rasanya dia tengah nak capai kpi dia supaya cepat naik pangkat. 3 22 82"

May be a Twitter screenshot of text that says "αAαmmm @adamrzl 13h Replying to @JINbara_ Im orry bro. Tapi aku rasa reason dia tu yg kedua buku kompaur kompaun kena habiskan. Kpi dieorg tu.. Mmg dieoro akan cari salah je 7"

May be a Twitter screenshot of text that says "senn @tomyamyamya 8h Replying to @JINbara_ Wahai pegawai2 polis yang ada kat twitter ni, maaf tegur, ketahuilah kami rakyat marah anda bukan ape tapi tgk lah situasi bila nak saman orang, kitorang rakyat bukannya ada duit. Ye tahu jalankan tugas tp tgk la situasi, please jgn double standard kitorang penat tahu tak penat.. 87 362"

Apa pun, jika anda yakin berada di pihak yang betul, kemukakan di mahkamah. Elakkan berdiam.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Simon Elissetche Saman Kuala Lumpur United RM3.5 Juta

Polis Saman Individu Tak Pakai Gloves, Ini Jawapan Ismail Sabri

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement