Connect with us
Kool FM

Berita

“Saya Maafkan Tuduhan Tersebut”- Dr. Zulkifli Jawab Dakwaan Naik Penerbangan Mewah Guna Duit Rakyat

Dr. Zulkifli dituduh guna duit rakyat naik penerbangan mewah ke Arab Saudi, ini jawapan beliau…

Published

on

Zaman sekarang ni memang mudah nak sebarkan sesuatu berita sama ada ianya sahih ataupun tidak. Kalau berita yang tidak benar itu disebarkan, secara tak langsung ia seperti kita menyebarkan fitnah. Memang banyak berlaku kes-kes di mana penyebaran berita palsu memberi kesan kepada imej seseorang. Banyakkan kalau kita tak mencuri kemudian orang tuduh kita mencuri, tentu orang di sekeliling kita akan pandang serong terhadap kita. Begitulah bahayanya apabila kita menyebarkan sesuatu perkara berdasarkan andaian.

Berbalik kepada isu kali ini, semalam tular satu video yang memaparkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menaiki pesawat mewah ketika lawatan kerjanya ke Arab Saudi. Video yang tular di Twitter itu bagaimana pun menerima banyak reaksi negatif sehingga ada yang membuat andaian beliau menggunakan duit rakyat untuk bermewah menaiki pesawat tersebut.

Baca juga: “Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

Selepas beberapa jam video tersebut dengan pelbagai andaian tersebar di media sosial, Dr. Zulkifli tampil menjawab segala dakwaan terhadapnya. Menurut Dr. Zulkifli, Penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League). Beliau juga menaiki pesawat tersebut sama seperti penumpang yang lain, jadi tidak ada isu menerima layanan istimewa.

Selain itu, Dr. Zulkifli turut menjelaskan bahawa penerbangan itu merupakan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepadanya untuk bertemu baginda di Madinah.

Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan,”kata Dr. Zulkifli menjelaskan perkara sebenar.

Oleh itu, Dr. Zulkifli menyatakan dakwaan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana adalah tidak benar. Dalam pada itu, Dr. Zulkifli juga turut memaafkan pihak yang membuat andaian dan dakwaan tersebut. 

Baca juga: ‘Maruah, Agama & Bangsa Di Tangan Anda’ – Bront Palarae Tegur Menteri, YB

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement