Connect with us
Kool FM

Berita

“Saya Hanya Mampu Melihat,” – Isteri Terkilan Tak Dapat Selamatkan Suami Lemas Terkapai-Kapai

“Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat suami terkapai-kapai meminta tolong, sedih sangat, masih terbayang-bayang lagi peristiwa itu.

Published

on

Kejadian Sabtu lalu menjadi kenangan hitam buat Syarifah Ramli apabila gagal menyelamatkan nyawa suaminya yang terkapai-kapai meminta tolong kerana kelemasan di Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir.

“Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat suami terkapai-kapai meminta tolong, sedih sangat, masih terbayang-bayang lagi peristiwa itu,” ceritanya.

Kini, dia bersama ahli keluarga tidak putus berdoa, membaca surah Yasin dan solat hajat memohon dia masih lagi setia menunggu sehingga mayat suaminya ditemui.

SYARIFAH Ramli ketika ditemui di lokasi kejadian. FOTO Zaid Salim

“Saya mahu menatap wajahnya dan membawa pulang jasadnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah abang sulungnya, Amir Nazri, yang juga meninggal dunia 17 tahun lalu akibat lemas,” katanya.

Bagaimanapun, pada awalnya Syarifah merancang untuk bercuti di Cameron Highland tetapi terpaksa mengikut kehendak mangsa beriya-iya mahu bercuti di Tasik Kenyir dan sebagai isteri, dia ikutkan saja.

Apa pun, kami doakan tubuh suaminya ditemui tidak lama lagi agar hati seorang isteri tenang.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Allahu!” Tak Sampai Seminggu Kahwin, Wanita Ini Terpaksa Meratapi Pemergian Suami

“Drama Korea Sangat” – Maryam Cuba Tiru Gaya Mawar Rashid Dan Suami, Sampai Tergolek Dibuatnya

Sumber: harianmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement