Connect with us

Berita

“Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi…” – Posting Ismail Sabri Ringkas Tetapi Menjadi Tanda Tanya

Posting ini mengundang banyak tanda tanya daripada rakyat jelata.

Published

on

Pelaksanaan “total lockdown” atau Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama dikuatkuasakan di negara ini sejak semalam 1 Jun sehingga 14 Jun. Hal ini adalah bagi mengekang penyebaran virus Covid-19 yang semakin mengganas. Sehingga hari ini, kes jangkitan di Malaysia semakin hampir dengan 5-digit dan ini sangat membimbangkan.

Antara intipati total lockdown ini adalah semua sektor ekonomi selain daripada sektor ekonomi essential tidak dibenarkan untuk beroperasi selama 2 minggu ini. Namun, ianya menjadi tanda tanya dan kecoh di media sosial semalam apabila rakyat mempertikaikan mengapa kenderaan masih banyak di atas jalan raya? Sektor-sektor lain seperti sektor perkilangan yang tidak essential juga dilihat dibuka pada hari pertama total lockdown dijalankan.

Baca juga: Senarai SOP & Perkhidmatan Perlu Total Lockdown 2021

Hal ini menjadi persoalan rakyat kerana Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dengan jelas telah menyenaraikan antara sektor ekonomi yang boleh dibuka dalam waktu gawat ini. Selepas beberapa isu timbul semalam, kerajaan dengar dan terus ambil tindakan pantas seperti menutup semua kilang arak di negara ini sepanjang lockdown dikuatkuasakan.

Kita dapat lihat memang ramai yang sedang berusaha sebaik mungkin dalam keadaan yang mencabar ini terutamanya para frontliners tetapi selama 2 tahun kita menderita akibat wabak pandemik ini, kita juga sedar wujud mereka-mereka yang mementingkan diri sendiri.

Terbaru, Ismail Sabri ada berkongsikan satu posting di laman rasmi Facebooknya. Beliau berkongsikan sebuah gambar dirinya keluar dari pintu pejabatnya dengan satu status ringkas, “Saya dah tutup pintu depan tapi….”.

Posting ini mengundang banyak tanda tanya daripada rakyat jelata. Apakah yang ingin disampaikan oleh Ismail Sabri ketika ini? Apa pun, kita doakan agar segala urusan negara ketika ini dipermudahkan.

Baca juga: “Duit Setinggi Gunung Jika Hari-Hari Take Away Boleh Habis” – Chef Wan Saran Masak Sendiri Semasa Lockdown

Sumber: Ismail Sabri Yaakob

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement