Connect with us
Kool FM

Berita

“Saya Akan Self-Quarantine Selama 14 Hari,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lakukan saringan jika pada dua minggu lepas anda pernah bertembung dengan beliau. 

Published

on

Semalam kecoh dengan kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Zulkifli Mohamad berkaitan keadaan kesihatannya yang sah dijangkiti wabak berjangkit, COVID-19.

Lebih hangat lagi apabila beliau menghadiri satu majlis Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 di Movenpick Hotel, Sepang, Selangor bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (empat kiri) pada 29 September lalu.

Berikutan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan satu kenyataan tentang pengakuan perjumpaan beliau dengan Dr. Zulkifli dan akan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sendiri selama 14 hari mengikut nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal ini tidak akan menganggu urusan kerajaan kerana saya akan bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang memerlukan kehadiran saya,”

 

Dalam masa yang sama, seorang ahli Parti Keadilan Rakyat menyenaraikan kawasan yang dilawati oleh Menteri Agama tersebut. Jadi, lakukan saringan jika pada dua minggu lepas anda pernah bertembung dengan beliau.

Semoga semuanya dalam keadaan baik selepas menjalani rawatan dan kuarantin kendiri.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: kmj

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement