Connect with us
Kool FM

Berita

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

Nampak seksa buat swab test…

Published

on

Disebabkan menjalani ujian saringan COVID-19, bahagian dalam rongga hidung seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan kebocoran bendalir otak dan tulang belakang. 

Ia kedengaran ngeri, tetapi itulah satu insiden malang yang dialami wanita berusia 40-an itu apabila batang ujian calitan berkenaan menusuk ke dasar kepalanya sehingga menyebabkan bendalir cerebrospinal keluar dari hidung. Kecederaan ini juga menyebabkan dia kini berdepan risiko jangkitan otak.

Walau bagaimanapun, laporan menyatakan proses saringan yang dilakukan terhadap wanita itu berkemungkinan tidak dijalankan dengan betul. Manakala, pakar berpendapat insiden sedemikian jarang berlaku dan risiko bagi sebarang komplikasi daripada ujian calitan kekal rendah. 

Menurut laporan, wanita berkenaan pernah menjalani pembedahan hernia elektif sebelum dia mengambil ujian calitan di bahagian dalam rongga hidung. Selepas selesai ujian itu, dia kemudian sedar terdapat suatu bendalir tidak berwarna mengalir keluar dari salah satu rongganya. Selepas itu, wanita tersebut mengadu mengalami sakit kepala, muntah, serta ketegangan di bahagian leher dan alah pada cahaya. 

Menurut pakar perubatan pula, individu yang mempunyai masalah sinus atau pernah menjalani pembedahan dasar kerangka otak sepatutnya memilih untuk mendapatkan saringan secara oral. Tambahan lagi, petugas perkhidmatan kesihatan profesional sewajarnya mengambil langkah berhati-hati ketika menjalankan ujian saringan terhadap pesakit.

Walaupun kes sebegini dikatakan agak terpencil, namun sekiranya tidak dirawat, ia boleh mendatangkan risiko kematian akibat jangkitan bakteria yang menular dari rongga hidung ke otak. Dalam kes wanita terbabit, pakar perubatan sempat mengenal pasti masalah ini menerusi imej lama imbasan yang diteliti semula dan wanita itu juga sudah sembuh sejak Julai lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement