Connect with us
Kool FM

Berita

Sarawak Tutup Pintu Sempadan Hingga 3 Disember

Sarawak menutup pintu masuk sempadan sehingga 3 Disember

Published

on

Kecoh semalam mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang kononnya bakal dilaksanakan selepas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah membuat ciapan ringkas berbunyi…

Macam mana kalau semua hanya duduk di rumah sekali lagi?”

Perkara ini tercetus apabila netizen berang jumlah kes COVID-19 meningkat mendadak sehingga 260 selepas ada segelintir rakyat Malaysia dan ahli politik balik dari PRN Sabah.

Susulan daripada peningkatan kes wabak berjangkit ini, Sarawak menutup pintu masuk sempadan serta pelabuhan yang membabitkan urusan dengan Indonesia dan Filipina sehingga 3 Disember depan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sempadan Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, Sarawak tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak tegas bagi melindungi rakyat daripada pandemik Covid-19.

“Kami (Jawatankuasa Sempadan) juga mengesyorkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SMDC) untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pengunjung dari Sabah dan Semenanjung,”

Walaupun semalam Sarawak mencatkan jumlah kes sifar tapi dia menggesa langkah ini perlu kerana lebih baik melaksanakan langkah pencegahan yang ketat daripada kita menyesal kemudian nanti

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: kkmhmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement