Connect with us
Kool FM

Berita

Sanggup Rendam Anak Tiri 2 Tahun Dalam Air Mendidih Hanya Sebab Marah Suami!

Suspek dikatakan sering memukul dan mendera mangsa..

Published

on

Pernah tak anda terfikir, di saat kita sedang bahagia berehat bersama keluarga di hujung minggu, masih ada kanak-kanak kecil yang sedang berduka menanggung derita kesakitan didera oleh ahli keluarga sendiri di luar sana.

Ini adalah hakikatnya! Kerana masih ada yang berhati kejam sanggup bertindak di luar kemanusiaan mendera anak kecil sehingga mereka maut!

Perkara ini yang berlaku kepada seorang wanita yang sanggup bertindak kejam dengan merendam anak tirinya yang berusia 2 tahun di dalam tab mandi berisi air panas mendidih. Aduh..

Bayangkan budak tersebut direndam ya!

Kejadian ini berlaku pada 1 Oktober 2018 di Amman, Jordan apabila si suami meminta menjaga kedua-dua anaknya yang berusia 2 dan 4 tahun ketika dirinya bekerja. Wanita tertuduh yang masih geram dengan suaminya disebabkan pertengkaran mereka melepaskan marah ke atas kedua-dua anak tirinya.

Menurut laporan, dia mengisi tab mandi dengan air panas mendidih sebelum merendam anak tirinya yang berusia dua tahun. Kanak-kanak malang tersebut dibawa ke hospital dengan kesan melecur hampir keseluruhan badan.

Tuhan lebih menyayangi kanak-kanak tersebut, mangsa akhirnya meninggal dunia dua minggu selepas kejadian ketika mendapat rawatan. Suspek dikatakan sering memukul dan mendera mangsa dan telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas tindakkannya.

 

Baca juga:

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

Jiran Sering Dengar Budak Menangis, Mangsa Juga Sering Sendirian Termenung

 

 

 

 

 

Sumber: Tribunnews

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement