Connect with us
Kool FM

Berita

Mungkin Salah Satu Punca Kes Naik, Warga Emas Tutup Gelang Pink Guna Kain

Ingat ya semua, #kitajagakita

Published

on

Hari demi hari semakin tinggi jumlah kes aktif di Malaysia dan ianya sangat menakutkan kerana sampai bila kita perlu berdepan dengan pandemik Covid-19 ini. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membendung wabak ini daripada lebih cepat berleluasa namun ia sebenarnya berbalik kepada diri kita sendiri. Jika setiap orang mengikut peraturan dan SOP yang ditetapkan mungkin akan lebih cepat kita tamatkan pandemik ini.

Baru-baru ini tular seorang lelaki warga emas cuba untuk menutup gelang pink di tangan kanan dengan sehelai kain putih gagal selepas disedari oleh seorang pengawal keselamatan. Niatnya untuk memasuki kompleks tersebut gagal dan ianya telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada jam 3 petang Selasa, 12 Januari 2021, di Kompleks Muhibbah Kampung Pandan. Perbuatannya itu berjaya dibongkarkan apabila pengawal keselamatan di kompleks tersebut merasa curiga dengan warga emas terbabit yang telah membalut pergelangan tangan kanannya dengan sehelai kain putih. Bagus abang pengawal sangat peka dan cepat bertindak!

13Jan2021/KL

Kejadian berlaku l/kurang 3petang semalam(12/1/2021) di Kompleks Muhibbah Kg Pandan. 1(L) Cina warga emas…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, 12 January 2021

Warga emas tersebut kemudian ditahan dan pemeriksaan mendapati, warga emas berkenaan memakai gelang kuarantin yang memerlukan dirinya duduk dirumah sehingga selesai tempoh yang telah ditetapkan. Kuarantin adalah satu tindakan yang harus ditekankan dan perlu dilakukan dengan betul supaya jumlah kes dapat dikawal dan diturunkan dengan lebih cepat. Oleh itu, ramai merasakan tindakan warga emas ini amat tidak elok.

Berikut insiden itu, kesemua para peniaga dan pengunjung Kompleks Muhibbah pada hari kejadian disarankan untuk pergi menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya mengalami gejala seperti demam, pening, selesema, batuk di hospital dengan kadar segera.

Sedikit informasi tambahan, gelang kuarantin berwarna pink adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif Covid-19. Individu yang memakai gelang tersebut adalah dilarang tegas keluar dari rumah sehingga tempoh kuarantin tamat. Gelang itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

Justeru itu, jika orang awam terlihat ada individu yang memakai gelang kuarantin di kawasan umum dinasihatkan untuk memaklumkan kepada polis dengan segera. Bersamalah kita peka dan prihatin dengan sekeliling supaya pendemik Covid-19 ini dapat diputuskan rantaiannya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Beza Warna Gelang Putih, Pink & Biru?

“Dengar Dulu…” – KP Noor Hisham Perjelas Isu Pekerja Asing Bergelang Pink

 

 

 

 

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement