Connect with us
Kool FM

Berita

“Salah ke? Sekadar berhibur..” Anggota Polis Wanita Main TikTok Bakal Dikenakan Tindakan

Alahai.. macam ni pun ada?

Published

on

Sekarang, rata-rata pengguna sosial media sudah tahu apa itu TikTok. Walaupun diri sendiri mungkin tidak upload apa-apa video TikTok, tapi mungkin ada beberapa video yang mungkin telah menarik minat untuk follow. Bukan sahaja selebriti sahaja yang akan buat video TikTok, guru, doktor dan termasuk juga anggota polis!

Namun, videonya telah menarik perhatian orang atasan. Gara-gara memuat naik video aksi tarian untuk dimuat naik di laman Tik Tok ketika sedang bertugas, seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan bakal berdepan dengan tindakan tatatertib. Alamak, apa kes?

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan anggota terbabit bukan sahaja menjejaskan imej jabatan, malah telah melanggar kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Tiada larangan untuk melakukan video TikTok bagi sesiapa pun, namun pada logiknya, jika sedang bertugas dan memakai uniform mungkin masanya tidak sesuai.

Tambahannya, PDRM memandang serius perlakuan anggota wanita itu yang mempamerkan aksi tarian yang lengkap memakai uniform PDRM sewaktu menjalankan tugas.

“Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial.

“Pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM,” katanya.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan kini sedang menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Namun, lain pula pendapat netizen. Bagi mereka, perbuatan ini mungkin hanya untuk menghiburkan hati semasa bertugas. Ada juga yang beranggapan perbuatan ini ubtuk menghilangkan tekanan semasa bertugas. Hmm, apa kata anda pula?

 

Baca juga artikel yang lebih menarik:

“Penat gila.. rasanya lebih 3 jam..” Gadis Viral Buat Video TikTok Pusing Stereng Kereta

Pak Utih Buat Kelas Free Di Facebook Dan TikTok Khas Buat Para Lelaki

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement