Connect with us
Kool FM

Berita

Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan, Barang Hantaran Tak dapat Diselamatkan

Kebakaran yang memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan, namun majlis tetap diteruskan secara ringkas…

Published

on

Hati siapa je yang tak luluh bila tengok persiapan majlis kita untuk hari penuh bahagia musnah dalam sekelip mata. Sudah tentu tidak ada sesiapa yang menginginkan sesuatu yang buruk berlaku sewaktu hari majlis sepatutnya berlangsung. Namun, insiden malang tetap tidak boleh dapat dielakkan daripada berlaku. Itulah yang terjadi kepada sebuah ahli keluarga di Batu Pahat ini apabila rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung.

Rumah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung

Batu Pahat: Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, March 28, 2021

Menurut saksi kejadian yang juga merupakan jurugambar majlis pertunangan tersebut, Izzat Syafaat Ismail, 29 tahun, sewaktu tiba di lokasi dia melihat api sudah mula marak dan membakar rumah berkenaan dalam kadar yang cepat. Menurutnya lagi, keadaan agak kelam-kabut ketika itu dan ahli keluarga berkenaan tidak sempat selamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah.

“Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan melecur kerana mahu menyelamatkan kereta yang diparkir berhampiran serta ada yang cedera terpijak kaca,” katanya menceritakan insiden malang berkenaan. 

Sementara itu, laporan terbaharu mendapati majlis pertunangan tersebut masih diteruskan dengan hanya menyarung cincin sahaja. Menurut Nur Hidayah Jahurin, 20 tahun, walaupun rumahnya hangus dijilat api, majlis ringkas itu tetap diteruskan bersama pasangannya, Mohd Sahril Sairin, 30 tahun, di rumah saudaranya yang terletak bersebelahan rumah pusaka berusia 100 tahun yang hangus terbakar itu.

Menurutnya, mereka melakukan majlis itu ala kadar berikutan semua barang termasuk pelamin, barang hantaran dan makanan untuk tetamu turut hangus. Katanya lagi, mereka sekeluarga reda dengan ujian yang menimpa dan mungkin ada hikmahnya dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor berkata, kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan dan sebuah motosikal turut musnah dijilat api. Punca kebakaran serta anggaran kerugian pula dikatakan masih dalam siasatan.

Baca juga artikel menarik lain:

Penggal Kepala Bapa Dan Berarak Keliling Kampung Sebab Tak Bagi Izin Kahwin Gadis Pilihan

Kerajaan Belanda Anjur Konsert Semasa Pandemik COVID-19 Masih Belum Berakhir…

Sumber berita: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement