Connect with us
Kool FM

Berita

Abang Tergamak Rogol & Liwat Dua Adik Beradik Angkat Bawah Umur…

Makin kerap kes rogol dan liwat tahun ini..

Published

on

Sejak akhir-akhir ini, semakin kerap berita kes rogol dan liwat di Malaysia tidak kira kes selebriti ataupun orang awam. Semalam, Harian Metro melaporkan Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan 5 sebatan terhadap seorang pemotong rumput berusia 26 tahun atas pertuduhan merogol dan meliwat dua beradik yang juga adik angkatnya.

Tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah pada 31 Ogos lalu. Untuk kesalahan itu, tertuduh telah mengaku bersalah dan berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun penjara dan sebat jika disabit kesalahan.

Menurut laporan, tertuduh juga didakwa meliwat adik lelaki mangsa berusia lapan tahun pada 16 September 2020. Selepas tertuduh mengaku bersalah untuk dakwaan di atas, Hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan meliwat.

Seterusnya, tertuduh akan berada dalam pengawasan polis selama satu tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 setelah tertuduh selesai menjalani hukuman penjara. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazillah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes rogol dan liwat di kalangan kanak-kanak tidak harusnya dipandang remah kerana kesan trauma mampu memberi impak yang sangat kuat sepanjang tumbesaran mereka. Sebagai ibu bapa, pastikan anda sentiasa awasi anak-anak dan rajinlah bertanya keadaan mereka jika anak kelihatan lain daripada biasa.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cuba Rogol Dan Cabul Rakan Serumah Tunangnya, Lelaki Ini Mengaku Tidak Bersalah

Bapa Rogol Anak Angkat, Alasannya Mahu Beri Kasih Sayang

 

 

 

Sumber : HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement