Connect with us

Berita

“Rogol Bukan Bahan Jenaka” – Orang Ramai Berang Isu Rogol Di Sekolah Diambil Ringan

Semalam, tanda pagar Make School A Safer Place trending di Twitter apabila seorang pelajar perempuan yang mahu dikenali sebagai Ain membuat pendedahan mengenai gurunya yang membuat jenaka rogol di sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Hal itu, membuatkannya tidak senang.

Published

on

Semalam, tanda pagar Make School A Safer Place trending di Twitter apabila seorang pelajar perempuan yang mahu dikenali sebagai Ain membuat pendedahan mengenai gurunya yang membuat jenaka rogol di sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Hal itu, membuatkannya tidak senang.

Lebih teruk apabila dia turut mendapat ugutan rogol daripada pelajar lelaki di sekolahnya melalui sebuah audio yang dihantar kepadanya. Dia berada dalam ketakutan dan itu membuatkannya tekad untuk ke balai polis bagi membuat laporan atas dua kes yang berbeza.

Baca juga: Suruh ‘Rogol’ Perempuan 18 Tahun Ke Atas, Pelajar Ini Dedah Guru Lelaki Buat Lawak Lucah

Ain juga turut membuat satu pengakuan menerusi sebuah video di Tiktok yang kemudiannya tular ke platform media sosial yang lain. Hal ini membuatkan orang ramai marah kerana sekolah sepatutnya merupakan tempat yag selamat. Para pelajar tidak sepatutnya berasa takut untuk ke sekolah lebih lagi menerima ugutan yang jijik sebegitu. Orang ramai menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas tentang isu ini.

Apabila isu ini disusulkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani pada  sidang media di Kuala Lumpur semalam, beliau menyifatkan isu ini sebagai “mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya”.

Respons yang diberikan oleh beliau membuatkan orang ramai bertambah berang. Ramai yang bangkit mempertahankan pelajar perempuan berkenaan dan berkata rogol bukan satu gurauan. Isu rogol tidak sepatutnya dinormalisasikan sebagai satu bahan jenaka.

Tanda pagar PDRM hari ini trending di Twitter dengan lebih 15,000 ulang ciap. Rata-rata wargamaya mengecam tindakan ‘ambil mudah’ anggota PDRM mengenai isu rogol di sekolah.

Selain daripada isu ini, terdapat beberapa isu lain yang dibahas oleh wargamaya. Antara isunya adalah isu Fahmi Reza ditahan kerana membuat satu ‘Spotify playlist’ berbaur gurauan yang bertajuk ‘Dengki ke’ yang pernah diucapkan Permaisuri Agong sebelum ini.

Wargamaya juga mahukan penjelasan PDRM tentang kes A Ganapathy yang meninggal dunia di hospital selepas 12 hari ditahan di lokap polis dan juga keadilan bagi penjual burger di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu.

Itu adalah antara isu yang sedang hangat diperkatakan. Terdapat banyak tanda tanya dan penjelasan yang diperlukan mengenai isu-isu ini. Setakat ini kita tunggu sahaja penjelasan daripada pihak PDRM.

Baca juga: #MakeSchoolASaferPlace Trending Di Twitter, Orang Ramai Desak Tindakan Tegas Isu Jenayah Rogol Dijadikan Gurauan

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement