Connect with us
Kool FM

Berita

Ringkasan Info Penting Perutusan PM Berkenaan PKP Yang Mungkin Anda Terlepas

Ingat ya, jangan keluar rumah jika tiada keperluan!

Published

on

Berita yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia, semalam Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan satu Perutusan Khas untuk menjawab persoalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hangat diperkataan sepanjang hujung minggu lepas. Hasil pemerhatian kami sepanjang siaran langsung perutusan di YouTube TV3 Malaysia, ada beberapa individu tidak berpuas hati dengan tindakan perlaksanaan PKP kali ini. Ada yang meluahkan rasa susah hati kerana tidak kerja, ada yang tidak mahu bekerja dari rumah dan ada juga yang menjangka syarikat kecil bakal gulung tikar.

Tidak dinafikan perlaksanaan PKP kali ini ada kelebihan dan kekurangan, namun sama-sama kita beringat bahwa tindakan ini perlu di ambil supaya kita bersama dapat putuskan rantaian pendemik ini. Tidak kira siapa anda, kita sama-sama terkesan dengan apa yang telah melanda negara kita sejak Mac tahun lalu. Berbalik kepada isi perutusan khas tadi, mungkin ada beberapa orang terlepas atau masih keliru dengan perkongsian PM semalam tentang perlaksanaan PKP kali ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jabatan Perdana Menteri (@jabatanperdanamenteri)

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat 6 buah negeri yang bakal menerima perlaksanaan PKP iaitu:

Kuala Lumpur
Selangor
Pulau Pinang
Labuan
Melaka
Johor

Tempoh PKP pada kali ini adalah selama 2 minggu yang bermula dari 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021. Tempoh 2 minggu yang sama juga diberikan untuk 6 negeri lain yang diletakkan di bawah PKPB iaitu:

Pahang
Perak
Negeri Sembilan
Kedah
Terengganu
Kelantan

Bagi negeri Perlis dan Sarawak pula akan dilaksanakan PKPP selama dua minggu untuk tempoh yang sama juga. Turut dimaklumkan bahawa segala aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai seperti kenduri kahwin dan perarakan keagamaan, termasuk menyambut Thaipusam juga tidak dibenarkan. Alahai, kesian kepada bakal pengantin yang mungkin tarikh perkahwinan mereka jatuh dalam tempoh PKP kali ini. Bertabah ya!

Selain itu, rakyat Malaysia juga tidak dibenarkan merentas negeri di seluruh negara. Dan bagi kawasan PKP, rentas daerah juga tidak dibenarkan. Harapnya hari ini tidak ada yang kelam kabut ‘lari’ pulang ke kampung memandangkan bekerja dari rumah bakal dilaksanakan sekali lagi.

Untuk mereka yang bekerja, hanya 30% pekerja kumpulan pengurusan dibenarkan masuk ke pejabat untuk urusan kerja. Kalau ada bos yang masih minta ada datang ke pejabat beramai-ramai, tunjuk dia video perutusan khas semalam ya. Namun, ada sektor yang akan dibenarkan beroperasi seperti biasa iaitu:

  1. Pembuatan
  2. Pembinaan
  3. Perkhidmatan
  4. Perdagangan
  5. Pengedaran
  6. Perladangan dan komoditi

Hari ini merupakan hari terakhir anda makan di dalam kedai makan kerana dalam tempoh dua minggu nanti hanya perkhidmatan ‘take-away‘ sahaja yang dibenarkan di kedai makan dan gerai di dalam kawasan PKP. Untuk kawasan PKPB pula, mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Seterusnya, diharapkan anda tidak lakukan panik buying membeli segala macam benda untuk dijadikan stok di rumah kerana pasar raya, klinik, hospital, farmasi, dan bank dibenarkan beroperasi namun pada tahap berjaga-jaga. Untuk rumah ibadat pula, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan termasuk dari ahli jawatankuasa masjid di kawasan PKP.

Arahan bekerja dari rumah juga turut dikuatkuasakan bagi sektor yang tidak tersenarai dalam perkhidmatan penting. Khas buat pelajar calon SPM sesi 2020 dan 2021, mereka akan dibenarkan hadir ke sekolah tetapi perlu mematuhi SOP yang ketat. KKM akan membuat penilaian risiko berterusan bagi memastikan sama ada PKP akan tamat atau diteruskan selepas tempoh 2 minggu.

 

Baca juga:

Nak Cari Side Income PKPB? Ini Barangan Boleh Dijual

Berpusu-Pusu Hantar Anak Bini Balik Kampung Elak PKPB : Selamat Atau ‘Selfish’?

 

 

Sumber: Prime Minister’s Office of Malaysia Official Website

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement