Connect with us
Kool FM

Berita

Polis Berjaya Serbu ‘Port’ Geng Kunyit Berkunyit

Harap selepas ini tiada lagi kes tangkapan geng kunyit berlaku. 

Published

on

Awal pagi semalam, pihak berkuasa memantau aktiviti tidak bermoral di Padang Bromm, Penang selepas salah seorang pengguna media sosial yang ingin dikenali, Mamu Jarum mendedahkan kegiatan songsang geng kunyit ini.

Berikutan itu malam semalam, sepasukan polis dari Balai Dato Keramat berjaya mengesan kegiatan tidak bermoral di kawasan berkenaan kerana terdapat beberapa pasangan jantan dalam keadaan mencurigakan termasuk di kawasan gelap dan bawah pokok.

Bagaimanapun, kesemua mereka hanya diberi amaran oleh anggota polis supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam dan diarahkan beredar dari lokasi berkenaan.

Sekiranya ada yang berdegil, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah  ingkar arahan PKPB disebabkan berada di kawasan awam tanpa sebarang tujuan penting serta boleh didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Harap selepas ini tiada lagi kes tangkapan geng kunyit berlaku.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tip Simpan Daun Kunyit & Kesom Supaya Tahan Lama

Apa Tanda Kalau Hubungan Suami Isteri Asyik Datang Musibah?

 

 

 

 

Sumber: mamujarum

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement