Semasa
“PKPB Jangka Pendek Beri Penambahan 100 Juta Kerugian Sektor Perhotelan,” – MAHO
Anggaran yang dialami oleh hotel dari Mac sehingga Disember ini adalah sebanyak 6.3 billion ringgit.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan bulan Mac lalu telah menjerut ekonomi negara terutama sektor perlancongan.
Walaupun kini ekonomi negara kelihatan semakin pulih kerana kes virus COVID-19 di bawah kawalan tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesetengah kawasan menyebabkan sektor perlancongan tergugat kembali.
Perkara ini dijelaskan sendiri dari Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid dalam Catch Up Kool FM tentang status terkini sektor perlancongan.
“Hotel adalah pemain terbesar dalam industri perlancongan. Jadi anggaran yang dialami oleh hotel dari Mac sehingga Disember ini adalah sebanyak 6.3 billion ringgit.
Baru-baru ini pula kerajaan melaksanakan PKPB dalam tempoh pendek di sesetengah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi tetap memberi kesan besar kerana penambahan anggaran yang akan rugi bagi perhotelan adalah sebanyak 100 juta ringgit,” katanya.
Untuk dengarkan lebih catch up kool, klik saja disini.