Connect with us
Kool FM

Berita

Pesakit Covid-19 Kantoi Buat Maksiat Di Bilik Isolasi Hospital

Kejadian berlaku di salah satu hospital di Indonesia..

Published

on

Sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) tular menunjukkan aktiviti yang tidak bermoral yang dilakukan oleh seorang lelaki dan wanita di Hospital Umum Daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Video yang berdurasi 1 minit 30 saat menunjukkan pasangan tersebut melakukan hubungan intim di atas katil hospital di ruang pengasingan pesakit Covid-19. Namun, rakaman tersebut tular sebelum sempat pihak hospital mengambil apa-apa tindakan.

Justeru itu, Dr Alief Firyasa Maulana merupakan Pengarah Hospital berkenaan telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis sesudah dia mengesahkan bahawa video tersebut diambil dari salah satu ruang isolasi pesakit Covid-19. Difahamkan lelaki dalam rakaman tersebut merupakan salah seorang pegawai polis yang bertugas di daerah tersebut yang sedang menjalani pengasingan setelah menjalani ujian Covid-19.

Tambah laporan, setelah rakaman video yang didakwa melibatkan salah seorang anggotanya, Ketua Polis Daerah Dompu, Syarif Hidayat menyatakan pihaknya akan terus menjalankan siasatan. Namun, pihaknya kini masih belum dapat menyoal siasat anggota berkenaan kerana dia masih belum selesai menjalani proses kuarantin serta identiti wanita berkenaan pula sudah dikenalpasti dan dia akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Seterusnya, video rakaman tersebut dipercayai tular apabila seorang wanita yang menggunakan nama Kejora Paramita membuat perkongsian di akaun Facebook miliknya namun video tersebut telah dipadamkan. Pihak polis masih menyiasat bagaimana video tersebut boleh disimpan oleh wanita tersebut. Dalam perkongsiannya, dia juga sempat menawarkan rakaman video itu kepada orang lain.

Dua kakitangan hospital yang pada mulanya hanya dipanggil untuk menjadi saksi telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut kerana mereka dipercayai bertanggungjawab merakam dan menyebar video tersebut serta bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana sengaja merakam adegan intim pesakit melalui rakaman CCTV dan menyebarkannya di media sosial.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gara-Gara Hospital Penuh, Pesakit Covid-19 Terpaksa Beli Tong Oksigen Sendiri

Seorang Doktor Terlalu Penat Merawat Pesakit COVID-19, Tertidur Lalu Pengsan & Meninggal Dunia

 

 

Sumber: TheReporter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement