Connect with us
Kool FM

Berita

Pernah Mencari Mangsa Di Malaysia, Penjenayah Pedofil Dibunuh Kejam Dalam Penjara!

Sebagai balasan atas jenayah yang dilakukan katanya…

Published

on

Seorang penjenayah pedofil yang terkenal didakwa dicekik hingga mati oleh rakan tahanan yang kemudian mengatakan bahawa dia ingin memasak bahagian badannya. Paul Fitzgerald, 30 tahun, mencekik Richard Huckle dengan sarung kabel elektrik dan kemudian mencucuk sebatang pen ke dalam kepala mangsa sehingga menembusi otak. Itulah kenyatakan yang didengari semasa perbicaraan di Mahkamah Hull Crown, di London.

Tidak cukup dengan membunuh, Fitzgerald kemudian mengatakan yang dia mahu memasak tubuh badan penjenayah pedofil itu dan mahu membunuh juga rakan tahanan yang lain. Dia menyatakan yang dia sangat seronok melakukannya.

Menurut laporan daripada portal Mirror, pembunuhan itu adalah dirancang rapi oleh Fitzgerald namun pada awalnya dia menafikannya. Huckle dikatakan dibunuh dalam serangan terancang yang bertujuan untuk mengaibkannya. Selain itu, serangan itu dikatakan dilakukan sebagai satu bentuk balasan terhadap jenayah yang dilakukan Huckle.

Fitzgerald dilihat berada dalam sel tahanan Huckle semasa kejadian. Ketika pegawai polis memasuki ke tempat kejadian, mereka mendapati Huckle berada dalam keadaan berlumuran darah sambil tangan dan kakinya diikat. Sementara itu, mereka turut melihat Fitzgerald membisikkan sesuatu ke telinga Huckle tetapi tak pasti apa yang dibisikkannya.

Selepas dipaksa keluar daripada sel tahanan mangsa, Fitzgerald berkata “rasanya saya dah bunuh dia. Dia dah mati.”

Dalam pada itu, menurut laporan kesihatan mental pula, Fitzgerald mengatakan dia telah membunuh Huckle dengan kejam dan sangat menyukai apa yang dia lakukan ke atas tubuh mangsanya itu. Selain itu, dia juga ingin membunuh dua atau tiga tahanan yang lain tetapi tidak melakukannya kerana sedang ‘menikmati’ mayat Huckle.

Mangsa Merupakan Penjenayah Pedofil, Pernah Mencari Mangsa Di Malaysia

Huckle dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2016 atas jenayah pedofil terhadap kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga 12 tahun. Dia yang juga merupakan jurugambar bebas dikatakan sering menjadikan kanak-kanak muda sebagai sasaran ketika menjadi sukarelawan di rumah anak-anak yatim di Malaysia.

Fitzgerald bagaimanapun menafikan pembunuhan itu tetapi mengakui kematian Huckle merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Selain itu, Fitzgerald turut dikatakan mempunyai gangguan mixed personality, psychopathy dan juga kecelaruan identiti jantina.

Baca juga artikel menarik lain:

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas ‘Ditangan’ COVID-19

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement