Connect with us
Kool FM

Berita

Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Untuk B40 Sudah Dibuka!

Jika ingin memohon, haruslah membuat permohonan dan kini, permohonan sudah pun dibuka. Ayuh mohon jika anda memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Published

on

Mulai Belanjawan 2021, kerajaan melaksanakan permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Online untuk golongan B40 atau TEDUH.

Projek ini untuk memudahkan rakyat memiliki rumah beli atau sewa walaupun pihak bank sukar untuk melepaskan pinjaman.

Bagi mereka yang tidak tahu, TEDUH memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Antaranya, Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit.

May be an image of skyscraper, sky and text that says "Sistem Bank Data Perumahan TEDUH KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN teduh.kpkt.gov.my A+"

Jika ingin memohon, haruslah membuat permohonan dan kini, permohonan sudah pun dibuka. Ayuh mohon jika anda memenuhi kriteria yang ditetapkan.

DAFTAR AKAUN PEMOHON

  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan alamat e-mail.

 

PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN

  1. Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan ingat kata kunci yang diisi.

 

PILIH SKIM

  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

 

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

PENGESAHAN

  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

Harap langkah kami kongsikan ini, membantu anda untuk dapatkan rumah. Semoga kita semua memiliki rumah sendiri atau paling kurang, menyewa untuk keselesaan keluarga.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penjual Lokan Terkejut Jutawan Datang Beli Lokan Naik Helikopter Parking Depan Tangga Rumah

“Kesian Ibu Di Rumah Tercari-Cari Periuk Nasi” – Wanita Bawa Nasi Sendiri Ke Restoran Untuk Jimat

Sumber: telegram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement