Connect with us
Kool FM

Berita

Perbezaan Antara PKPB Sabah, Selangor, KL & Putrajaya

Berikut adalah perbezaan yang digariskan pihak berkuasa.

Published

on

Tak sampai seminggu kawasan Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), petang semalam Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan dalam satu media akan terdapat beberapa kawasan lagi perlu dikenakan PKPB.

Kawasan berikut adalah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hal ini disebabkan jumlah kes semakin semakin membimbangkan di setiap tiga kawasan ini.

Sumber: KKM

Berikutan itu juga, ramai rakyat keliru dengan SOP PKPB kali ini memandangkan jumlah kes setiap hari agak tinggi berbanding Mac lalu, sehinggakan ramai yang mengalami panic buying selepas perutusan Yang Berhormat Ismail Sabri dilakukan petang semalam.

Jadi berikut adalah perbezaan yang digariskan pihak berkuasa sementara pihak Menteri Kesihatan Malaysia belum keluarkan SOP rasmi dalam masa terdekat ini.

PKPB di Sabah:

  1. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  2. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
  3. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.
  4. Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.
  5. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  6. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
  7. Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN;
  8. Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang);
  9. Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)
  10. Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang). Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away;
  11. Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang);
  12. Perkhidmatan teksi atau e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam);
  13. Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
  14. Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).
  15. Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam;
  16. Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan; dan
  17. Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Sumber: harianmetro

PKPB di Selangor, KL dan Putajaya.

  1. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;
  2. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;
  3. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP;
  4. Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP;
  5. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
  6. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN;
  7. Semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Agak banyak perbezaan antara empat tempat ni tapi asalkan anda semua patuhi arahan dan ingat supaya tiada saman dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa disebabkan kecuaian atau salah faham.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penangan PKPB, Majlis Nikah Kawasan Klang Ditangguh!

[TERKINI] PKPB Di Seluruh Selangor, KL & Putrajaya Bermula 14 Hingga 27 Oktober Ini

 

 

 

 

 

Sumber: cariangoogle

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement