Connect with us

Berita

Penjual Lokan Terkejut Jutawan Datang Beli Lokan Naik Helikopter Parking Depan Tangga Rumah

Menurut warganet, jutawan tersebut kerap menjadi buah mulut di media sosial dan namanya semakin meningkat naik.

Published

on

Orang kata rezeki tak salah alamat! Siapa sangka seorang penjual lokan biasa mampu menarik minat jutawan untuk membeli produk jualannya. Rezeki seorang pencari lokan yang lebih dikenali dengan nama Wea Selamos menangis terharu apabila seorang jutawan datang menaiki helikopter untuk melakukan urusan jual beli lokan dengannya. Menurut warganet, jutawan tersebut kerap menjadi buah mulut di media sosial dan namanya semakin meningkat naik.

Jutawan bernama Azlan Al Amin ialah seorang jutawan hartanah yang berasal dari Besut, Terengganu. Azlan telah menaiki helikopernya untuk membeli lokan Wea Selamos yang tinggal di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan. Sebuah rakaman video yang memaparkan insiden itu semakin tular di media sosial. Dalam perkongsian video itu jelas kelihatan helikopter milik Azlan mendarat berhampiran tebing sungai di Kampung Baru Nelayan dan kisah ini telah disahkan oleh Wea Selamos  serta dia juga telah menjelaskan cerita sebenar apa yang berlaku.

Alhamdulillah

Posted by Wea Selamos on Thursday, 4 March 2021

Difahamkan, Wea Selamos sebelum ini memang aktif berniaga secara live dan kejadian in mula terjadi apabila seorang pekerja Azlan telah memberi komen ketika Wea sedang lakukan live dan menyatakan bosnya (jutawan Azlan) mahu datang membeli lokan naik helikopter. Wea pada mulanya tidak mahu percayakan individu tersebut sehinggalah dia menyemak profil individu yang memberi komen itu kerana Wea rasakan ia mungkin akaun palsu dan dia terus terkejut akaun selepas dia daopati akaun itu adalah asli.

Wea kemudiannya mencari siapa Azlan Al Amin kerana dia tidak pernah tahu kewujudan individu tersebut sehinggalah pada satu hari dia sedang lakukan live, salah seorang pekerja Azlan tag nama Azlan Al Amin dalam live Wea dan terus muncul komen daripada tuan punya akaun Azlan Al Amin sendiri. Wea jelaskan pada ketika itu dia rasakan ia sangat mengarut dan tidak boleh percaya.

Ramai wargarnet memberikan komen mereka untuk membuatkan Wea percaya bahawa individu bernama Azlan Al Amin adalah wujud dan Azlan merupakan seorang jutawan yang suka membeli barang menaiki helikopter. Wea bagaimanapun masih tidak percaya dan dia memberikan diri untuk mengajak Azlan lakukan panggilan video dengannya. Selain itu, Wea sempat luahkan rasa pelik kenapa warganet kelihatan sangat tahu tentang jutawan tersebut dan kenapa Azlan mahu membeli lokan dengannya.

Satu hari Wea menerima satu pesan menerusi aplikasi WhatsApp daripada Azlan yang mengulangi mahu datang dengan helikopter. Namun Wea Selamos masih tidak mahu mengharapkan apa-apa tetapi dia tetap mencari lokan buat jutawan hartanah tersebut. Akhirnya, Azlan datang membuat kejutan ketika Wea Selamos sedang berada di atas sampan ketika di baru selesai mencari lokan. Difahamkan kedatangan Azlan bukan sekadar membeli lokan tetapi turut membawa Wea Selamos naik helikopter miliknya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pengutip sampah miliki helikopter

Helikopter terhempas ketika latihan ‘hovering’

 

Sumber: Facebook Wea Selamos

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Copyright © Kool FM 2021. All rights reserved. Under Ripple, part of the Media Prima Group.