Semasa
Penjelasan Peguam Kalau Tuan Rumah Buat Sesuatu Pada Rumah Sewa Kita
Kalau nak melempiaskan amarah janganlah terlalu ikut perasaan. Nanti teruk padahnya.
Memiliki hartanah sewa merupakan satu cara yang baik untuk memperolehi pendapatan pasif tapi terdapat masalah lain iaitu penyewa.
Bukan apa, jika bernasib baik dapatlah penyewa yang bertanggungjawab menunaikan kewajipan tepat pada masanya setiap bulan. Malangnya, tak selalu begitu.
Antara masalah sering berlaku apabila tuan rumah mula berang dengan penyewa yang lewat atau tidak bayar sewa rumah yang berbulan-bulan tertunggak sehinggakan timbul persengketaan antara dua pihak ini.
Sumber: gohartanah
Isu ini dibincangkan dalam sebuah posting menerusi akaun Facebook seorang peguam, Nur Zabetha tentang hak dua pihak di antara penyewa dan tuan rumah.
Menurutnya, dia pernah mengendalikan satu kes dimana anak guamnya berselisih faham dengan penyewa rumah yang tidak mahu bayar sewa.
“Akibat daripada itu tuan rumah datang ke rumah yang disewakan dan bertindak memotong bekalan elektrik dengan mencabut meter TNB. Berikutan itu, penyewa membuat laporan polis dan pihak polis mendapati itu adalah perbuatan khianat pada barangan bernilai RM25.
Kesan dari itu, penyewa terpaksa melantik peguam dan dalam kes tersebut, kami menang tapi dalam proses itu, terlalu sukar kerana perlu turun naik mahkamah disebabkan kerosakkan barangan hanya RM25,” ceritanya.
Dalam pada masa yang sama juga, dia turut memesan kepada orang ramai agar tidak senang-senang rosakkan harta benda awam atau milik orang kerana semua ini ada hukumannya tapi hukumannya berbeza-beza mengikut perbuatan dan fakta kes.
“Kategori hukuman bukan biasa-biasa. Ada yang penjara tidak kurang setahun dan maksimim 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.
Lepas ni, kalau nak melempiaskan amarah janganlah terlalu ikut perasaan. Nanti teruk padahnya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Demi Nak Beli Rumah, Lelaki Ini Mahu Jual PS5 Sehingga RM6,000 Terima Kecaman Netizen
“Tiada Ubat, Tiada Doktor Pantau Baik Dikuarantin Di Rumah..”- Rungutan Pesakit COVID-19
Sumber: facebook