Connect with us
Webinar Kool

Berita

Penderma Sperma Terkejut 9 Bayi Dihasilkan Tanpa Persetujuan

Sehingga sembilan bayi dihasilkan tanpa dipersetujuinya.

Published

on

Walaupun kaedah ini tidak lakukan di Malaysia, namun di negara luar menderma sperma adalah perkara yang biasa. Apa yang berlaku kepada lelaki ini baru-baru ini sebenarnya agak mengejutkan apabila seorang penderma yang juga seorang bapa menyaman sebuah klinik kesuburan kerana spermanya digunakan tanpa persetujuan.

Dan paling tidak boleh diterima, sehingga sembilan bayi dihasilkan tanpa dipersetujuinya.

Portal mirrok.co.uk melaporkan, Neil Gaskell mengambil tindakan undang-undang selepas klinik itu tanpa pengetahuannya menggunakan spermanya berulang kali kepada pasangan sesama jenis dan ibu tunggal.

Dia terkejut apabila mengetahui terdapat sembilan kelahiran hasil daripada spermanya, ditambah empat lagi dari pasangan heteroseksual yang bermaksud dia mempunyai 13 anak yang tidak pernah diketahui.

Saman kerana mahu bayi mempunyai ibu dan ayah

Gaskell, 49, yang mempunyai tiga anak kandung menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) marah dengan keadaan itu dan mengambil tindakan undang-undang serta mahu menyelesaikan dengan membuat tuntutan sehingga lima angka.

Dalam wawancara eksklusif dengan Sunday Mirror, dia berkata, anak-anak sepatutnya dibesarkan oleh seorang ibu dan ayah seperti kebiasaannya. Gaskell turut dikecam golongan itu terutama ketua lesbian Kerry Pask yang mengatakan keputusannya untuk membuat tuntutan sebagai satu diskriminasi.

Bagaimanapun, dia menegaskan ia bukan soal diskriminasi dan ketaksuban.

“Saya menerima sebilangan orang akan merasa tidak selesa tetapi saya mahu anak yang lahir daripada sperma saya mempunyai ibu dan ayah.

“Saya menerima apa yang saya katakan akan memecah belah, tetapi anak inilah yang paling penting. Ramai orang akan setuju dan tidak bersetuju dengan saya, tetapi keutamaan saya adalah untuk anak.” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber : Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement