Connect with us
Kool FM

Berita

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas ‘Ditangan’ COVID-19

Membunuh pun boleh jadi ketagih…

Published

on

Salah seorang pembunuh bersiri Britain paling terkenal, Peter Sutcliffe atau lebih sinonim dengan jolokan ‘Yorkshire Ripper’ pernah membuat pengakuan kepada polis bahawa dia obses melakukan pembunuhan. Namun sebelum itu dia menyatakan bahawa dia tidak pernah berminat atau berniat untuk menjadi pembunuh bersiri, tetapi ‘aktiviti’ itu sudah menjadi ketagihan baginya umpama ketagihan dadah.

Semasa disoal siasat selepas penangkapannya pada tahun 1981, Sutcliffe mengambarkan dirinya sebagai seseorang yang dipengaruhi oleh anasir jahat seperti iblis. Selain itu, dia turut menyatakan bahawa dia sudah menjangkakan dirinya bakal tertangkap. Oleh sebab itu dia memutuskan untuk menghabiskan masa selama 5 tahun terus melakukan pembunuhan.

Ditangkap Dan Terus Membuat Pengakuan

Pada 2 Januari 1981, ‘Yorkshire Ripper’ ditangkap oleh pihak polis semasa berada di dalam kereta dan sedang dalam cubaan membunuh mangsa seterusnya. Semasa disoal siasat selama lebih 10 jam, Sutcliffe mengakui telah melakukan pembunuhan sebanyak 13 kali dari tahun 1975 sehingga 1980. 

Ayat terakhir yang diungkapkan kepada mangsanya sebelum dia ditahan polis adalah “zaman sekarang kita tak tahu siapa yang boleh dipercayai.” Ayat itu bila difikirkan semula memang kedengaran menyeramkan.

Sebelum penangkapannya, Sutcliffe berkata sepanjang dia bersama keluarga dan rakan-rakannya, dia mampu untuk mengupas lanjut tentang kes pembunuhan yang berlaku ketika itu, seolah-olah bukan dia yang lakukannya. 

Namun dalam masa yang sama, Sutcliffe menyatakan dia tetap ingin memberitahu tentang apa yang telah dilakukannya tetapi bimbang ia akan memberi kesan kepada isteri dan keluarganya. Semasa penahanannya, Sutcliffe mengaku dirinya seperti seorang yang tidak berperikemanusiaan.

Sutcliffe yang mati akibat wabak COVID-19 minggu lalu pada usia 74 tahun telah menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh 13 orang wanita dan tujuh cubaan membunuh.

Baca juga artikel menarik lain:

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

Tsutomu Miyazaki – Vampire Sebenar Paling Jijik Di Jepun!

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Daily Mirror

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement