Connect with us
Kool FM

Berita

Pejabat Kesihatan Minta Henti Sebar Nama Pesakit COVID-19

Memberi kesan buruk kepada individu.

Published

on

Sebelum ini pernah dibincangkan tentang hak pesakit di mana pesakit boleh minta pihak hospital atau doktor untuk menyimpan data sepenuhnya penyakit yang dialami.

Mengukuhkan kenyataan ini lagi,  salah seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Jurisprudens Perubatan Cawangan Medico Legal, KKM, Dr Nizam Ishak ada penjelasannya.

“Mana-mana pesakit COVID-19 yang tidak ingin statusnya diketahui dan disebarkan kepada jiran, rakan kerja atau saudara, jadi kami berhak menyimpan rahsia tersebut memandangkan melibatkan maruah dan kesihatan mental pesakit tersebut,”

Sumber: thereporter

Terbaru, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pula menggesa orang ramai supaya menghentikan perkongsian di media sosial berkaitan nama tiga pesakit positif Covid-19 yang diminta tampil ke pejabat itu dengan kadar segera.

Melalui kenyataan di Facebook (FB) rasmi, pejabat kesihatan itu menegaskan tidak pernah mendedahkan biodata pesakit Covid-19.

“Terdapat penularan di laman media sosial berkenaan nama tiga pesakit positif Covid-19 beberapa hari lalu dan masih tular sehingga hari ini. Biodata pesakit Covid-19 adalah sulit. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan perkara itu,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, perkongsian itu memberi kesan kepada individu yang tidak berkaitan disebabkan nama yang hampir sama sehingga ‘dipulaukan’ segelintir masyarakat.

Sejak kelmarin tular di media sosial termasuk kumpulan Whatsapp yang mendakwa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kubota cuba menghubungi tiga penama yang disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun ketiga-tiga penama terbabit gagal dihubungi selain meminta orang ramai yang mengenali atau mengetahui alamat mereka untuk tampil membantu KKM.

Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau berkata, perkongsian tidak tepat itu perlu dihentikan bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

“Jangan ada stigma terhadap pesakit Covid-19 dan ahli keluarga, mereka bukan penjenayah, pesakit yang sembuh dan discaj daripada hospital tidak akan menjangkiti individu lain, mainkan peranan anda dengan memberi sokongan,” menurut kenyataan itu lagi.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

Boleh Ke Pesakit COVID-19 Minta Hospital Rahsiakan Penyakitnya Pada Orang Awam?

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement