Berita
“Patutlah Bila Lalu Pergi Kerja Bau Busuk Menyengat!” – Mayat Dijumpai
Kini sudah terbongkar punca bau busuk di kawasan tersebut.
Hampir setiap bulan kita disajikan dengan berita-berita penemuan mayat sehinggakan ada yang membusuk terbiar beberapa minggu dan punca kematian kebanyakannya disebabkan pembunuhan.
Begitulah apa yang terjadi pada petang lewat semalam apabila pihak polis telah menemui mayat lelaki yang dipercayai warga asing di kawasan belukar berhampiran Sekolah Rendah Agama Jalan F, Kg Pandan Dalam berhadapan dengan Tesco Ampang.
Berikutan itu, warganet membanjiri ruangan komen dengan mengatakan kini sudah terbongkar punca bau busuk di kawasan tersebut kerana setiap kali lalu untuk ke tempat kerja, pasti ada bau yang tidak menyenangkan sepanjang beberapa hari ini.
Sehingga malam semalam sekitarr jam 11.10 malam pihak PDRM dan Unit Forensik masih di lokasi kejadian dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di lebuh raya MRR2 menghala ke Pandan Indah.
Menurut sumber, siasatan masih lagi dijalankan untuk mengetahui punca kes jenayah tersebut.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Bunuh, Ambil Wang Dan Tinggal Bersama Mayat Selama Enam Minggu!
Mayat lelaki ditemui putus lengan, ditetak di kepala
Sumber: jpj