Connect with us
Kool FM

Semasa

Patut Tak Kongsi Semua Perkara Mengenai Pasangan Di Media Sosial?

Hal isteri dan anak-anak adalah peribadi.

Published

on

Semenjak perkembangan teknologi dan pelbagai akaun media sosial wujud, ramai mula berkongsi kisah hidup mereka seharian memandangkan penggunaan aplikasi semakin canggih.

Malangnya, timbul beberapa perkara yang membuatkan masyarakat bertindak di luar kawalan misalnya  menunjukkan aib pasangan atau terlampau mendedahkan apa yang berlaku di sebalik selimut rumah tangga.

Berikutan itu, Kool Chat pagi tadi membincangkan topik mengenai isu ini dan mereka berjaya mendapatkan suara dari seorang pendengar Kool FM yang sudah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun.

Lima Kalimat Ini Bikin Pasangan Makin Romantis

Menurutnya, hal isteri dan anak-anak adalah peribadi. Ada perkara yang boleh dikongsikan dan ada perkara tidak perlu, apa yang paling utama tak perlu mengangkat untuk menjatuhkan.

“Misalnya, sesetengah pasangan kita lihat sekarang memuat naik sedang cium tangan, cium pipi, cium ketiak di media sosial. Buat apa nak upload? Itu hal kasih sayang suami isteri, tak perlu dedahkan di mana-mana platform.”

Tambahnya lagi, jika ada segelintir berkongsi pasangannya pandai memasak atau mendedahkan tentang kemahiran suami atau isterinya hal memasak, pada saya itu bagus kerana memberi manfaat kepada orang,” jelasnya.

Untuk dengarkan lebih terperinci, klik saja di sini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement