Connect with us
Kool FM

Berita

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

Sudahlah kejam, pura-pura baik depan TV lagi…

Published

on

Pada 13 Oktober 2020, pihak polis dari Yangcheon, Seoul, Korea Selatan telah menahan sepasang suami isteri yang menyebabkan kematian anak angkat mereka, Jung In. Pasangan tersebut yang dikenali sebagai Jang dan Ahn, ditahan pihak polis hanya selepas tiga laporan kejadian penderaan dilaporkan. Namun tangkapan yang dibuat seperti sudah terlambat apabila bayi tersebut disahkan meninggal dunia di hospital.

Semasa siasatan awal, kedua-dua pasangan itu menafikan semua pertuduhan terhadap mereka dan menyatakan kematian Jung In tiada kaitan dengan mereka. Pihak polis bagaimanapun berjaya menemukan lebih 800 klip video wanita itu mendera bayi malang itu secara mental dan fizikal. Pihak polis juga mendedahkan laporan autopsi kematian Jung In yang berpunca daripada kecederaan pada bahagian abdomen disebabkan pukulan yang kuat dari luar.

Pernah Muncul Di Kaca TV Dan Berpura-Pura Bahagia

Apa yang mengejutkan, selepas pendedahan tentang penderaan yang dilakukan oleh Jang terhadap bayi berusia 16 bulan, rakyat Korea berasa sangat marah kerana pasangan tersebut pernah muncul di kaca TV dalam sebuah rancangan bersama bayi itu dan berpura-pura sebagai sebuah keluarga bahagia.

Semasa siasatan masih dijalankan, rakyat Korea membuat petisyen untuk mendakwa pasangan tersebut atas cubaan membunuh, dan bukannya penderaan kanak-kanak. Ada juga yang membuat perbandingan gambar Jung In sebelum di ambil menjadi anak angkat dengan selepas, yang menampakkan perubahan yang ketara. Perubahan tersebut berlaku hanya selepas beberapa bulan Jung In diambil sebagai anak angkat. 

Hasil kutipan petisyen, sebanyak 200,000 tanda tangan rakyat Korea berjaya dikutip, sekaligus membuatkan kes tersebut sebagai kes tergempar di Korea Selatan.

Pendedahan Mengejutkan Di Kaca TV…

Dalam satu episod daripada program TV di Korea berjudul ‘Unanswered Questions’ yang disiarkan pada 2 Januari 2021, mendedahkan tentang kekejaman terhadap bayi malang itu yang didera selama 10 bulan selepas pasangan tersebut mengambilnya sebagai anak angkat. 

Pada episod pertama, dijelaskan punca kematian Jung In disebabkan hentakan yang kuat dari luar sehingga menyebabkan pankreas Jung In pecah. Seorang pakar perubatan yang muncul dalam episod tersebut menjelaskan tahap kecederaan pankreas pada bayi tersebut adalah dalam kategori parah. 

Sebagai perbandingan, daya hentakan sebanyak 3,800 – 4,200N diperlukan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun menerima tahap ketiga kecederaan pada abdomen. Jadi, untuk Jung In yang baru berusia setahun lebih itu menerima kecederaan seperti itu, tentu penderaan yang dialaminya begitu teruk.

Cuba Lakonkan Semula Dakwaan Jung 

Selain itu, dalam episod yang sama, mereka cuba menunjukkan gambaran bagaimana penderaan sehingga menyebabkan daya hentakan sebanyak 3,800 – 4,200N itu boleh berlaku. Patung mannequin bayi digunakan dalam eksperimen tersebut dan seorang wanita yang mempunyai ketinggian yang sama dengan Jang berlakon sebagai pelakunya. Seperti yang didakwa Jang, anak angkatnya itu cedera kerana terjatuh dari dakapannya. Hasil uji kaji yang dijalankan, daya hentakan daripada menjatuhkan mannequin bayi itu hanyalah sebanyak 720-1,433N sahaja. 

Namun, apabila eksperimen dilanjutnya dengan memanggil atlet taekwondo untuk menendang mannequin bayi itu di bahagian perut, daya hentakan sebayak 2,713N dicatatkan. Manakala seorang lagi atlet taekwando diarahkan mencampakkan mannequin bayi itu ke dinding dengan kuat, sebanyak 4,387N daya hentakan dicatatkan. Tak boleh bayangkan penderaan yang dilalui oleh bayi malang itu. 

Bagaimanapun, ‘Unanswered Questions’ menjelaskan bahawa eksperimen yang mereka jalankan itu hanya ramalan sahaja tentang kemungkinan cara Jung In didera. Dalam episod itu juga mereka mencapai konklusi bahawa dakwaan Jang yang mengatakan bayi itu cedera akibat terjatuh adalah tidak benar, dan beberapa penderaan secara fizikal yang kuat telah menyebabkan Jung In mengalami kecederaan teruk di bahagian abdomen.

Episod Paling Trauma…

Ia merupakan episod paling trauma pernah disiarkan di Korea sehingga membangkitkan kemarahan rakyat Korea. Ekoran daripada pendedahan itu, lebih banyak petisyen dibuat untuk mendesak kerajaan Korea dan sistem perundangan untuk menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Pihak polis Yangcheon yang gagal membuat siasatan awal semasa kes pertama penderaan Jung In dilaporkan dikatakan menerima akibatnya. Memang kejam penderaan yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Semoga keadilan dapat ditegakkan dan memihak kepada mangsa.

Baca juga artikel manarik lain:

‘Yang Jahat Pasti Menemui Ajal’ – Pembunuh Bersiri Yang Membunuh 47 Penjenayah Lain Dalam Penjara

Bunuh Dan Makan 17 Mangsanya, Jeffrey Dahmer Akhirnya Dibunuh Dalam Penjara

 

 

 

 

Sumber daripada: Korea Boo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement