Connect with us
Kool FM

Berita

Padah Tayang Video Rentas Negeri, Polis Buru ‘Influencer’ Media Sosial Langgar SOP

Padah langgar SOP rentas negeri, sekumpulan ‘influencer’ diburu polis…

Published

on

Memang kita semua sedia maklum bahawa larangan merentas negeri masih berkuatkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakakan (PKP) ini. Bagaimanapun, larangan tersebut tetap tidak dipedulikan oleh segelintir pihak. Mungkin mereka rasa tindakan mereka itu tidak akan dapat dikesan, sekaligus membuatkan mereka berani untuk membuat rentasan negeri.

Baru-baru ini, tular isu sekumpulan personaliti media sosial berkongsikan foto dan video ketika perjalanan merentas negeri ke Pantai Timur untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan. Walaupun niat mereka hanya ingin meraikan perkahwinan kenalan rapat yang baru mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lalu, tindakan mereka tetap mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Ramai mempertikaikan kepentingan tujuan mereka merentas negeri dalam situasi pandemik COVID-19 ini. Ekoran daripada itu, pihak polis Kelantan dilaporkan sedang mengesan individu-individu yang terlibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, melalui semakan gambar yang dimuat naik individu tersebut di Instagram, mereka dilihat mengambil gambar bersama pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan sekumpulan personaliti media sosial yang gagak mematuhi SOP, serta mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis juga telah menerima laporan berkaitan perkara itu petang semalam. Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.3) 2021. Semoga kes ini menjadi peringatan buat kita untuk tidak melanggar SOP yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Konon Al-Hafiz..”- Lupakan Isu K-Pop, Netizen Kini Bergabung Pertahankan Ustaz Kazim Elias #protectustazkazimelias

[VIDEO] Terpisah Hampir Setahun Kerana COVID-19, Video Pertemuan Semula Bikin Netizen Mengalir Air Mata!

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement