Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Nenek Ditikam Mati Cucu Sendiri

Kejamnya…

Published

on

Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh oleh cucu lelakinya di Kampung Rampangi, Kuching, Sarawak. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa, kejadian tersebut disedari berlaku pada jam 6.40 pagi selepas salah seorang anak saudara mangsa pergi ke rumahnya untuk menziarahinya. Mangsa yang berusia 66 tahun itu ditemui terbaring di ruang tamu rumahnya dalam keadaan mukanya berlumuran darah. 

Menurut pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS), mangsa disahkan meninggal dunia akibat daripada ditikam beberapa kali di bahagian muka menggunakan senjata tajam. Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan cucu kepada mangsa, dipercayai bertengkar dengan mangsa pada malam sebelum kejadian. Puncanya adalah kerana mangsa tidak memberikan wang seperti yang diminta oleh suspek. 

Selepas kejadian bunuh itu, suspek kemudian melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran dengan tempat kejadian sebelum ditangkap orang awam pada hari yang sama. Kemudiannya, suspek diserahkan kepada pihak polis pada jam 7.40 pagi dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Semasa ditahan, suspek dikatakan masih berada dalam keadaan khayal, dan ujian saringan awal air kencing mendapati dia disahkan positif dadah methamphetamine. Melalui semakan rekod lampau, suspek pernah ditahan sebanyak dua kali pada tahun 2019 atas kesalahan jenayah berkaitan dadah.

Dalam masa yang sama, pihak polis turut menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian dipercayai digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa. Menurut pihak polis kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement