Connect with us

Berita

Neelofa Dan Suami Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP

Bagaimanapun, Neelofa dan Haris mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Published

on

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi atas dua pertuduhan iaitu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, difahamkan Neelofa dan Haris mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Baca artikel lain: “Tak Serik Langgar SOP..” – Lebih 15 Ribu Netizen Sokong Petisyen ‘Sumbat’ Neelofa Dalam Penjara 

Menurut laporan, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Manakala Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan.

Kedua-dua mereka dituduh di Mahkamah Majistret Seremban hari ini di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Baca juga: “Minta Maaf Kepada Keluarga Saya, Suami Dan Anak-Anak. Doakan Kami Semua.” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Sumber: BH

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement