Berita
Mohon Segera Untuk Bantuan Kewangan PKS!
Jangan lupa mohon ye!
Minggu lepas kita semua dikhabarkan dengan pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Bantun PRIHATIN 2.0 berikutan dengan penularan wabak COVID-19 yang masih lagi berlanjutan.
Bukan itu saja, kerajaan juga turut membuka bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Bantuan ini dinamakan Geran Khas PRIHATIN (GKP) dan permohonan bantuan ini boleh dibuat di portal rasmi GKP (klik pautan di sini untuk memohon) yang dibuka pada hari ini, 1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020.
Bagaimanapun syarat kelayakan bantuan GKP ini adalah…
- Jumlah geran mestilah RM3,000 dan PKS.
- Warganefara Malaysia.
- Perniagaan masih aktif.
- Mestilah berdaftar dengan LHDNM, PBT atau SSM sebelum 1 September.
- Jumlah jualan mestilah kurang dari RM300,000 serta jumlah pekerja kurang daripada lima orang tidak termasuk pemilik.
Bagi yang layak, mereka akan mendapat bayaran secara one-off. Jangan lupa mohon ye!
Sumber: edubestari.com