Connect with us
Kool FM

Berita

MKN Tampil Bersuara Tentang Kekecohan Pelajar Universiti Dihalau Pulang

Oh, begini ceritanya..

Published

on

Keputusan ditukar pada saat-saat akhir bagi penangguhan proses pendaftaran dan orientasi bagi pelajar universiti awam baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan dan kekecewaan dengan lantang di media sosial.

Hal ini timbul apabila dikatakan ramai pelajar yang telah tiba di kampus diminta untuk pulang dengan segera sehingga netizen di media sosial memberi pertolongan pada mereka yang tersangkut di universiti.

Sumber: cariangoogle

Jadi, pihak Koolfm menghubungi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Muhamad Amin dan MPP Univerisiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM), Muhamad Syahmi Shaare bagi menjelaskan apa perkara sebenar yang terjadi.

Menurut MPP UIA, keadaan di universiti kami terkawal kerana pada awal lagi kami telah mengeluarkan panduan dan SOP yang komprehensif di mana pelajar boleh membuat pilihan sama ada mereka ingin pulang atau tinggal di asrama slepas mendaftar asalkan mereka berada luar dari zon merah.

via GIPHY

Seketika itu, MPP UiTM Shah Alam, Muhamad Syahmi Shaare pula berkata, sebenarnya ura-ura yang mengatakan kononnya pelajar perlu pulang semula adalah tak betul kerana pada hari jumaat pihak mereka sudah pun keluarkan pekeliling di mana amat jelas memberitahu kesemua pelajar diberi pilihan sama ada pulang selepas mendaftar atau duduk di kolej selepas mendaftar dan proses ketika itu berjalan seperti biasa.

Tapi apa yang timbul kekecohan pada pertengahan proses tersebut apabila ada salah faham yang menyebabkan pelajar keliru sampai ada yang perlu berpatah semula pada pertengahan jalan. Perkara tersebut timbul bila ada berita palsu tular,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Kool FM turut menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Professor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak untuk tampil jelaskan tentang isu ini.

Menurutnya, pihak kementerian telah mencadangkan untuk pihak mereka membuat keputusan sama ada untuk menangguh pendaftaran atau tidak dan rata-rata daripada mereka membuat keputusan untuk menangguh pendaftaran secara fizikal untuk pelajar baru saja.

“Mereka sebenarnya boleh daftar secara atas talian tapi bagi pelajar yang dah sampai fakulti, pihak universiti terima saja mereka dengan meminta pelajar-pelajar tersebut untuk duduk dalam asrama yang telah disediakan. Hal ini terjadi kerana berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak 2,3 hari lepas.

Sumber: thestar

Apa yang menjadi kekecohan sebenarnya adalah apabila ada segelintir pelajar yang sedang perjalanan ke sini dan ada yang sudah sampai lebih awal, itu yang menjadi sedikit kekecohan.

Jadi mereka yang sudah sampai, mereka hanya perlu ikut arahan dari pihak universiti masing-masing apa yang sepatutnya mereka lakukan kerana tiada sebarang arahan untuk pulang semula,” terangnya lagi.

Kesimpulannya, hanyalah salah faham saja kerana rantaian berita yang disampaikan tidak tepat. Semoga semua adik-adik universiti dapat belajar dengan tenang dan selesa selepas ini.

 

 

 

 

 

 

Sumber: catchupkool

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement