Connect with us
Kool FM

Berita

Meninggal Dunia Lepas Tunai Solat Maghrib Di Masjid

Kini Jenazah sudah selamat dikebumikan.

Published

on

Berita meninggal dunia di masjid jarang-jarang kita dengar dan setiap kali ia berlaku, pasti ramai tertanya-tanya apakah amalannya sehingga diberi keistimewaan sebegitu.

Baru-baru ini seorang ahli jawatankuasa Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat meninggal dunia jam 7.20 malam selepas selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Siak masjid tersebut, Ibrahim Nasir yang berusia 70 tahun telah menghembus nafas di pangkuan seorang lagi jemaah, Harun Othman yang berusia 59 tahun.

Menurut Harun, sebelum kejadian, mereka setelah selesai menunaikan solat dan secara tiba-tiba dia terlihat Ibrahim melambai-lambai tangan dan segera menghampirinya.

“Ketika itu semua baru selesai solat dan mengaminkan doa dibaca imam, dia minta diurutkan badannya kerana mengadu berasa sakit dan dia minta untuk baring di pangkuan saya, saya ikutkan sahaja memandangkan dia dalam keadaan sukar untuk bernafas.

“Saya juga sempat melafazkan dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, mulutnya mengikut apa yang saya lafazkan sebelum matanya tertutup rapat dan nafas terhenti,” cerita ketika dihubungi pihak media.

Dalam pada itu, isteri Ibrahim, Muslimah Badron, berkata, suaminya bergerak awal ke masjid sebab perlu bertugas untuk mengambil suhu jemaah yang datang untuk menunaikan solat.

“Dia sentiasa berdoa supaya Allah mengambil nyawanya dengan keadaan baik dan mudah, Alhamdulillah doanya Allah sudah makbulkan,” katanya.

Kini Jenazah Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan di sini pada pukul 10 pagi semalam.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Wali Meninggal Dunia Saat-Saat Akhir Sebelum Ijab Dan Qabul

Pernah Dibelai Obama, Kucing ‘Penjaga’ Hagia Sophia Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

 

 

 

 

Sumber: utusan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement