Connect with us
Kool FM

Berita

Mengamuk Dekat Drive Thru Sebabkan Pay Wave

Dikatakan berpunca dari salah faham berkaitan kaedah pembayaran.

Published

on

Semalam di media sosial tular sebuah video dari pengguna twiter @akeemsharyzal yang menunjukkan pergaduhan besar di kaunter bayaran drive-thru di sebuah restoran makanan segera di Rawang.

Situasi genting itu sempat dirakam oleh individu yang berada di situ selama 14 saat. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada jam 7.30 malam dan dikatakan berpunca dari salah faham berkaitan kaedah pembayaran.

Seorang saksi yang menggunakan nama Azura Nizam di laman Facebook menceritakan kisah sebenar memandangkan dia dan suaminya saksi kejadian.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian tersebut  berlaku selepas mangsa dikatakan tidak berpuas hati apabila petugas di kaunter pandu lalu berkenaan menguruskan pembayaran secara ‘pay wave’ tanpa kebenarannya.

“Mangsa mendakwa petugas di kaunter itu meninggikan suara dan bercakap kasar serta membuatnya menunggu lama. Susulan itu berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum datang seorang lelaki lain yang kemudian menumbuk mangsa di dahi kiri selain pergelangan tangannya ditarik dengan kuat,” jelasnya.

Dalam pada masa, Mc Donald’s Malaysia memandang perkara ini dengan serius kerana membabitkan kecederaan terhadap pekerja mereka dan akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter , BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement