Connect with us
Kool FM

Berita

Menangis Buat Swab Test, Lelaki Ini Nak Saman Jururawat!

Warganet yang melihat video tersebut rata-rata menghentam lelaki tersebut.

Published

on

Menitik air mata, terasa nyilu, batuk kecil dan hidung berair adalah perkara biasa selepas melakukan ujian swab test kerana rasa tidak selesa bendasing di masukkan ke dalam rongga hidung dan mulut.

Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali Syed Syafiq yang membuat ujian ini dengan seorang jururawat wanita tapi sesuatu telah berlaku apabila dia ingin mengeluarkan surat saman kepada jururawat tersebut kerana dikatakan melakukan ujian dengan kasar.

Menurut perbualan mereka dalam video pendek yang ditularkan oleh salah seorang pengguna twitter, lelaki tersebut mengalami batuk-batuk, bersin dan menangis kerana rasa terlalu sakit.

Pun begitu, warganet yang melihat video tersebut rata-rata menghentam lelaki tersebut. Antara kata-kata yang dilemparkan adalah lelaki tidak sejati.

Malah, lebih teruk lagi apabila ada warganet memberitahu pada ruangan komen bahawa Syed pernah melakukan perbedahan plastik bahagian hidung dan menyebabkan kesakitan lebih sakit dari biasa.

Image may contain: 1 person, text that says "IBCIG @IBCIG 000 Replying to @haqeemhyzan Hidung from plastic surgery memang sakit sikit kalau swab test ni baru buat test covid kalau kena covid betul & masuk hospital sungai buloh tak tahu lah berapa insta story up. Life is short, just be nice to people man. Translate Tweet 6:37 PM Dec 15, 2020 Twitter for iPhone 2.5K Retweets 161 Quote Tweets 9.1K Likes"Image may contain: text that says "Tok Ketua @TweetAtok 16h Replying to @haqeemhyzan POND A N 13 000 い 224 2.4K _redtomato @redtoma23421870 15h Masalah nye pondan lain OKje perangaii. Pondan ni macam pukimak sikit perangai dia 3 000 10 243 mijang @mizanpilus_ 16h Replying to @haqeemhyzan entah2 korek hidung sendiri pon menangis 4.5K 24 000 651 Show replies shaf @shafieqashmsdn_ 16h Replying to @haqeemhyzan Memang la dia sakit lebih, sebab... hidung dia kan plastik 39 00၀ 1.4K 6.5K"

Image may contain: 1 person

Bagaimanapun, kejadian tersebut telah pun diselesaikan dengan cara yang baik. Berita ini dimuat naik di Instagram Syed sendiri.

Katanya dia sepatutnya lebih memahami tugasan jururawat ketika bekerja dalam keadaan tertekan dengan wabak berjangkit ini.

Saya benar-benar minta maaf  kerana bersikap kurang sopan dan tidak menghormati barisan hadapan. Saya akan belajar dari kesilapan dan menjadi individu yang lebih baik,”

Malah, dia turut meminta orang ramai supaya berhenti bercakap tentang dirinya yang bukan-bukan kerana ini adalah kesalahannya ketika proses menjadi dewasa.

Image

Image

Kan lebih baik jika kita selesaikan perkara dengan cara aman damai. Apa pun, moga semua frontliner terus kuat dalam berkhidmat untuk negara! Jangan keluar rumah jika tiada keperluan okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri

Betul Ke Prosedur ‘Swab Test’ Rasa Sakitnya Sampai Ke Otak? Ini Penjelasan Buat Anda

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement