Connect with us
Kool FM

Berita

“Menagih Kerana Tekanan Hidup” – Pernah Tular Bawa Anak Selongkar Sampah, Kini Ditahan Positif Dadah

Kisah wanita ini yang dilihat menyelongkar sampah bersama anak kecil pernah tular, tapi kini ditahan selepas didapati positif dadah…

Published

on

Pernah tular di media sosial kisah tentang seorang wanita yang menyelongkar tong sampah bersama anaknya untuk mencari barangan kitar semula. Kisah tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang turut berasa simpati. Dalam video yang dikongsikan juga turut menunjukkan seorang lelaki menghulurkan sedikit sumbangan buat wanita terbabit.

Selepas tular, ramai juga pihak yang tampil menghulurkan bantuan termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, selain turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kita yang melihat video tersebut hanya berasa simpati dengan nasib wanita terbabit, seolah-olah memahami keperitan hidup mencari sesuap nasi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini. Bagaimanapun, laporan terbaharu mendapati wanita terbabit telah ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan.

Wanita berusia 36 tahun ditahan ditahan menerusi serbuan pada 8.30 pagi bersama adik lelakinya berusia 34 tahun. Sedikit kasihan juga apabila seorang ibu kepada empat orang cahaya mata ditahan dalam keadaan khayal dadah dipercayai selepas mengambil pil kuda. Menurut laporan, ketika ditemui di Pejabat AADK Daerah Tumpat, wanita itu dilihat dalam keadaan gelisah dan mendakwa ‘bengkak susu’ kerana tidak menyusu anak bongsunya yang berusia setahun empat bulan beberapa jam selepas ditahan.

Tekanan Perasaan Punca Ambil Dadah

Ketika diajukan soalan tentang punca dia mengambil dadah, wanita terbabit menyatakan dia mengalami tekanan perasaan dan berdepan dengan banyak masalah. Oleh sebab itu, dia mengambil jalan singkat dengan mengambil dadah. Semua ini dilakukannya selepas dia ditinggalkan suami sejak lebih dua tahun lalu.

“Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda, tetapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu. Namun, kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup,” kata wanita terbabit.

Selain isu suaminya yang hilang tanpa khabar berita, isu kemiskinan hidup serta masyarakat sekitar yang sering memandang serong terhadap keluarganya juga menjadi punca dia memilih kehidupan sebegitu. Soal duit untuk membeli pil kuda, dia hanya mencari dan menjual besi buruk yang diselongkarnya di tong sampah.

Hasil daripada tangkapan tersebut, wanita terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 8 (3) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan kesemua yang ditahan akan menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan dadah. Penyalahgunaan dadah tetap salah tidak kira apa jua alasannya. Semoga wanita tersebut kembali pulih dan dapat menjalani hidup normal bersama anak-anaknya.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Akibat ‘Kurang Cerdik’ Buang Sampah Merata, Penguatkuasa Temui Alamat Rumah Pada Sampul Kurier

Ubah Suai Tayar Kereta Jenis ‘Kepak’ Sampai Boleh Kena Penjara? Ini Penjelasannya…

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement