Connect with us
Kool FM

Berita

Mayat Pesakit COVID-19 Umat Islam Dibakar!

Semoga keluarga kita semua terhindar dari penyakit berbahaya ini.

Published

on

Di Sri Lanka sebanyak 15 jenazah pesakit COVID-19 dibakar tanpa kebenaran keluarga, sekali gus menyalahi ajaran agama Islam.

Arahan ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa di negara majoriti penganut Buddha itu pada April lalu di mana kesemua mayat pesakit COVID-19 perlu dibakar termasuk jenazah umat Islam, yang sepatutnya dikebumikan dengan menghadap kiblat.

Arahan ini kerana sami Buddha mempercayai bahawa proses pengebumian boleh menimbulkan pencemaran dan menggalakkan penularan virus.

COVID-19: Langkah Sri Lanka wajibkan pembakaran mayat cetus kemarahan

Sumber: bh

Sehingga kini, 15 jenazah sudah dibakar termasuk jenazah seorang bayi berusia 20 hari, dikenali sebagai Shaykh, walaupun dirayu ibu bapanya.

Bagaimanapun untuk pengetahuan anda, ada cara yang ditetapkan dalam garis panduan Islam ketika menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

Proses ini diterbirkan oleh semua pegawai dan wakil-wakil kementerian dan jabatan yang terlibat; JAKIM, PMWP, KKM dan JAWI. Berikut adalah proses yang ditetapkan…

No photo description available.

Selain itu, ahli keluarga tidak dibenarkan datang melihat jenazah pesakit COVID-19 ketika dimandikan, dikafankan, dikebumikan mahu pun memeluk atau mencium kerana gusar virus tersebar.

Manakala solat jenazah pula, hanya dibenarkan dikawasan hospital dan dua orang petugas saja akan uruskan dengan menjarakkan diri sejauh satu meter antara imam dan makmum.

Akhir sekali, petugas yang menguruskan jenazah perlulah membersihkan diri seperti yang digariskan oleh pihak KKM.

Semoga keluarga kita semua terhindar dari penyakit berbahaya ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wanita 90 Tahun Individu Pertama Menerima Vaksin COVID-19

“Ini Baru Betul Kita Panggil Pengantin COVID..” – Pasangan Berkahwin di Pusat Rawatan Covid-19

Sumber: JAKIM , BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement