Connect with us
Webinar Kool

Berita

‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Dalam Peti Sejuk Beku

Seram sejuk juga kalau jadi betul ni…

Published

on

Memang terkejut dibuatnya apabila seorang lelaki di Tamil Nadu, India didapati masih hidup walaupun sudah disahkan meninggal dunia. Apa yang lebih mengejutnya, ‘mayat’ tersebut sudah semalaman disimpan dalam peti sejuk beku. 

Sebelum itu, adik kepada lelaki yang bernama Balasubramania Kumar, 74 tahun, itu menyangka abangnya sudah pergi buat selamanya. Sebelum benar-benar ‘disahkan’ meninggal dunia, Kumar sempat dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, dia kemudian disahkan mati. 

Adiknya kemudian menghubungi syarikat sewaan peti sejuk beku untuk menyimpan ‘mayat’ abangnya itu. Keesokan harinya, pekerja syarikat sewaan datang ke rumah mereka untuk mengambil kembali peti sejuk beku berkenaan. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ‘mayat’ Kumar masih bernafas ketika dibawa keluar dari peti.

Selepas insiden tergempar itu, pihak berkuasa terus dimaklumkan dan Kumar yang dilihat bernyawa dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

Adik Mahukan Kematian Abang Sendiri?

Siasatan lanjut pihak polis mendapati keluarga lelaki tersebut sebenarnya sengaja menanti kematian Kumar sehingga membiarkan dia duduk semalaman dalam peti sejuk beku tersebut. Namun, adik Kumar cuba untuk mempertahankan tindakannya dan mendakwa abangnya itu memang sudah meninggal dunia. 

Bagaimanapun, pihak polis membuka kertas siasatan terhadap adik Kumar dan keluarganya atas kesalahan membahayakan nyawa orang lain. Ia mungkin menjadi kisah seram yang bertukar menjadi satu kes cubaan membunuh. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Berang Tidak Diberi Wang, Seorang Lelaki Bertindak Ganas Kelar Leher Bapa!

Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement