Connect with us

Berita

Maut Dibelasah & Ditampar Berkali-kali Selepas Tegur Suami Berduet Di Tik Tok Dengan Madunya

Isteri dibelasah sampai mati selepas tegur suami berduet dengan wanita lain, yang tak disangka merupakan madunya sendiri…

Published

on

Memang dah menjadi trend sekarang ramai yang beralih ke aplikasi Tik Tok sebagai laman media sosial yang baharu. Mungkin disebabkan boleh buat pelbagai video menarik di situ membuatkan pengguna bertambah dari hari ke hari. Nak main Tik Tok tak salah, tapi kalau ianya sehingga boleh menyinggung perasaan orang lain, buruklah akibatnya.

Kes terbaharu melibatkan seorang wanita warga Indoensia dilaporkan maut disyaki ditumbuk dan ditampar suaminya. Semua ini dikatakan gara-gara isterinya menegur suaminya yang sedang berduet video Tik Tok dengan wanita lain. Kejadian ini pula berlaku di sebuah flat di Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Tak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku di Ibu Kota kita sendiri. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, pasangan tersebut bertelingkah selepas mangsa, yang merupakan isteri pertama memarahi suaminya yang asyik berduet bersama wanita lain, yang tak disangka merupakan madunya di aplikasi Tik Tok. Mangsa yang berusia 40 tahun kemudian ditampar berkali-kali dan dibelasah sehingga tidak bergerak dan tak sedarkan diri.

Suspek kemudian meninggalkan mangsa sendirian dan menuju ke rumah Isteri kedua di Klang. Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek pada jam 3.10 petang hari berikutnya di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur. Dalam pada itu, isteri kedua suspek juga turut ditahan di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal, suspek didapati merupakan seorang pekerja kontrak warga Pakistan berusia 29 tahun, dan isteri keduanya pula merupakan seorang warga Indonesia berusia 45 tahun. Wanita tersebut juga mengaku merupakan isteri kedua dan telah berkahwin dengan suspek pada November tahun lalu. Mereka kemudian direman selama enam hari dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pihak polis menyatakan bahawa terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa, namun punca kematian masih belum diketahui.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Akibat ‘Kurang Cerdik’ Buang Sampah Merata, Penguatkuasa Temui Alamat Rumah Pada Sampul Kurier

Ubah Suai Tayar Kereta Jenis ‘Kepak’ Sampai Boleh Kena Penjara? Ini Penjelasannya…

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement