Connect with us
Kool FM

Berita

Maut Akibat Renjatan Elektrik Semasa Kait Kelapa

Tindakan yang bahaya!

Published

on

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik semasa mengait buah kelapa di Kampung Pujut Padang Kerbau, Miri, Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, mangsa, Syamsul Mohamad Yashin, 34 tahun, maut di tempat kejadian sekitar jam 12 tengah hari, semalam. Menurutnya lagi, ketika kejadian, mangsa bersama dua rakannya dikatakan sedang mengait buah kelapa menggunakan galah yang diperbuat daripada aloi sepanjang lebih 15 meter. 

Hasil siasatan mendapati terdapat satu talian bekalan elektrik berkuasa tinggi beserta tiga kabel yang tidak bersalut dan jarak antara kabel dengan pokok kelapa itu lebih kurang 10 hingga 13 meter. Tambahan lagi, salah seorang rakan mangsa turut pengsan akibat terkena renjatan elektrik dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).  Mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dikatakan mangsa sebelum ini sering membeli buah kelapa secara borong daripada pekebun di kawasan berkenaan, namun dia kemudian mengaitnya sendiri untuk dipasarkan di bandar Miri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement