Connect with us
Kool FM

Berita

Mat Salleh Ini Dikecam Warganet Gara-Gara Tak Mahu Orang Ramai Makan Guna Tangan

Tindakan seorang pengguna Twitter, The Royal Butlers, yang difahamkan seorang bekas pelayan yang mengaku dirinya adalah seorang ahli kelab etika di Britain bertindak memberi saranan tidak sesuai yang sepatutnya mungkin tidak sesuai untuk dia berkongsikannya.

Published

on

Satu kenyataan daripada seorang warganegara luar telah menerima tamparan hebat daripada warganet Malaysia apabila individu ini menyatakan dia mahu orang ramai menggunakan sudu atau garfu untuk makan nasi dan bukannya makan menggunakan tangan. Isu ini lebih kurang sama sperti ketika seorang cef luar negara memberi komen tentang nasi lemak ayam rendang tidak crispy.

Umum tahu bahawa nasi merupakan makanan ruji penduduk di Malaysia dan seluruh rantau Asia sejak ribuan tahun yang lalu. Walapun kebanyakan rakyat Malaysia akan makan menggunakan tangan, namun ada juga sesetengah orang akan menyuap nasi menggunakan sudu dan garfu atau chopstick dan ini tidak menjadi isu buat rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, apabila orang luar memberi pendapat meminta orang ramai berhenti gunakan tangan untuk makan nasi, ia telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada rakyat Malaysia.  Walaupun begitu, tidak dinafikan orang Barat juga mempunyai budaya mereka yang dipercayai sudah dilakukan sejak lama dahulu tetapi tidak seharusnya kita pertikaikannya.

Tindakan seorang pengguna Twitter, The Royal Butlers, yang difahamkan seorang bekas pelayan yang mengaku dirinya adalah seorang ahli kelab etika di Britain bertindak memberi saranan tidak sesuai yang sepatutnya mungkin tidak sesuai untuk dia berkongsikannya.

Perkongsian itu yang menyatakan kita perlulah sentiasa menggunakan pisau dan garfu atau chopstick apabila makan nasi dan seharusnya tidak makan menggunakan tangan atau jari. Mungkin kepadanya ia dilihat bersahaja namun kenyataan yang dikongsi itu seolah tidak sensitif dengan budaya orang Asia.

Kini perkongsian tersebut telah menerima perhatian daripada orang ramai khususnya warga Asia yang meluahkan rasa geram dan jengkel akan sehinggakan ada yang menyifatkan lelaki ini sebagai seorang yang biadap dan tidak beretika kerana seolah memperlekehkan budaya orang lain.

Sehingga hari ini, belum ada kepastian sama ada perkongsiannya itu adalah hanya dengan niat bergurau atau dia sengaja mahu mepersendakan budaya orang Asia yang sememangnya menggunakan tangan untuk makan nasi. Ia mungkin boleh terjadi yang individu ini hanya tujukan kepada orang Eropah yang memang terkenal dengan budaya makan menggunakan garfu dan pisau.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gambar Mesra Dengan Jejaka Mat Salleh, Sakinah Hanya Mahu ‘Attention’?

Dituduh ‘mat salleh’ celup, Raja Ilya makin daring

 

 

Sumber: Twitter @TheRoyalButler

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement