Connect with us
Kool FM

Berita

“Mangsa Beri Isyarat Melarang Membantunya,” – Kereta Terhumban Dalam Sungai Sarawak

Namun, kehadirannya gagal memberi bantuan kerana tali yang digunakan untuk menarik kenderaan tersebut putus.

Published

on

Tular sebuah video insiden sebuah kereta bewarna perak dalam keadaan separuh terapung di sungai Sarawak berdekatan projek Jambatan Satok di sini pada Rabu pagi tadi.

Waktu kejadian, ramai orang awam berhenti melihat dan ada juga yang datang memberi bantuan dengan menaiki bot kecil cuba untuk keluarkan mangsa.

Dalam kejadian itu, kelihatan dua orang individu di dalam sebuah perahu cuba mendekati kereta itu untuk menyelamatkan mangsa. Seorang daripada individu dalam perahu dikenali sebagai Bonnie berkata dia melihat kenderaan berkenaan di dalam sungai ketika sedang bertugas membersihkan sampah sarap di sungai itu.

Namun, kehadirannya gagal memberi bantuan kerana tali yang digunakan untuk menarik kenderaan tersebut putus.

“Saya hanya mampu melihat kenderaan itu tenggelam dan melihat mangsa memberikan isyarat melarang saya untuk membantunya, saya juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada apa-apa peralatan untuk memecahkan cermin tingkap kereta itu,” ceritanya saat kejadian cemas itu berlaku.

Bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 10.30 pagi namun pemanggil tidak dapat memastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit.

Sejurus menerima panggilan itu, 14 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pandungan telah dikerah ke tempat kejadian.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kereta Ditenggelami Banjir? Jangan Gelabah, Ini 7 Perkara Yang Patut Anda Lakukan

Akibat Terpengaruh Video YouTube, Remaja Perempuan Bertindak Bunuh Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun!

Sumber: facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement