Berita
“Main Campak Je!” – Sampah Yang Dibuang Makcik Ini Dikatakan Saka?
Ramai warganet meluahkan rasa kecewa dan geram dengan tindakan makcik tersebut.
Tak habis lagi kes banjir, viral pula video yang menunjukkan seorang makcik bertudung labuh membuang sampah dari atas jambatan tanpa rasa bersalah.
Video tersebut sempat dirakam oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran Tham Lai Keang dan dikongsikan di akaun Facebook miliknya.
Berikutan itu, ramai warganet meluahkan rasa kecewa dan geram dengan tindakan makcik tersebut kerana menunjukkan sikap yang buruk pada serta mencemarkan alam sekitar.

Bagaimanapun, terdapat satu penjelasan di ruangan komen yang cuba memperbetulkan tanggapan orang ramai.
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu ini mengakibatkan kualiti air sungai dan pantai rosak dan tidak selamat digunakan lagi untuk kegunaan domestik sekaligus mencemarkan pemandangan.
Sayangilah alam semula jadi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Jumpa Barang RM2.17 Juta Dalam Plastik Sampah!
Sumber: facebook