Connect with us

Berita

Main Air Banjir Akan Dikenakan Kompaun!

Pesta bermain air banjir akan kembali berulang tahun ini.

Published

on

Empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di negara ini bermula lusa sehingga Mac 2021.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, sepanjang fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari bulan ini hingga sehingga Disember, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala, mulai Januari depan, hujan lebat dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Image

Sumber: bernama

Setiap kali banjir pasti kanak-kanak akan bermain air banjir seperti air kolam atau sungai. Bagi mereka itulah keseronokkan yang boleh mereka cari pada musim banjir.

Namun, di Kelantan individu akan ditahan dan akan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 jika bermain air banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif menjelaskan isu ini. Dia memaklumkan surat mengenai tindakan itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasir Mas termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif. - Foto Azhar Ramli

Sumber: BH

Menurutnya tindakan berkenaan antara usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang menunjukkan tren menaik di jajahan ini.

“Kita menjangkakan pesta bermain air banjir akan kembali berulang tahun ini jika tidak dibendung,” katanya.

Dalam masa yang sama juga, Mohamad Roy Suhaimi berkata, kompaun turut dikenakan kepada individu yang membuka gerai perniagaan seperti tahun sebelum ini ketika Rantau Panjang atau ada kawasan yang ditenggelami banjir.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Nak Buat Bila Kereta Ditenggelami Air Banjir

Persediaan Yang Sewajarnya Sebelum, Semasa Dan Selepas Menghadapi Banjir

 

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement